berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Thursday, November 1, 2007
Penghargaan,Kekecewaan,Kekesalan,Perhatian?
Coretan hari ini dimulakan dengan ucapan Tahniah buat warga ILP Ipoh kerana berjaya merangkul 3 tempat teratas dalam pertandingan Kemahiran dan Inovasi(tak mau sebut Kandungan Etraining) yg berlangsung di ILP Kepala Batas pada 27hb sehingga 30hb yg lalu.
Ipoh merangkul Juara dengan projek 'my mobile security alert'.Tempat kedua dengan projek 'pembakaran raku' serta tempat ke3 dengan projek 'One touch power jack'.Tahniah sekali lagi.Ipoh Memang Best.


keratan memo hadapan

Baiklah sekarang kita berbalik kepada topik kali ini.
Mana-mana pertandingan harus disertai oleh peserta.Dan dari keputusan pengadilan akan wujud situasi menang dan kalah.Bermula dari pemilihan peserta sehingga projek disiapkan,akan melibatkan seluruh komitmen dari peserta atau jabatan diwakili samada dari segi meterialnya,masanya serta wang ringgitnya.Yang semua komitmen ini seharusnya diucap syabas dan dihargai.Baik secara lisan,bertulis atau material seperti cenderahati.Sekurang2nya ucapan terima kasih kerana menjadi peserta.(Tahniah juga wajar diucap jika peserta adalah dari yg terpilih).Itu pasca pertandingan.Tambahan jika selepas pertandingan,menang pula tu....seharusnya lah diberi penghormatan dan diraikan.Terima kasih kepada pihak ILP Ipoh kerana mengedarkan memo kesegenap pelusuk institut memaklumkan kemenangan ini.Bayangkan betapa bangganya kami sabagai peserta bila nama tertulis dimemo edaran.
Namun,samada disengajakan atau tidak memo ini sedikit sebanyak menguris hati kepada kami peserta yang turut menyertai pertandingan ini tetapi kalah.Dimanakah kewajarannya memo ini diedarkan dengan hanya memaklumkan serta pengucapan tahniah buat yang menang sahaja?Nama2 yang dilampirkan pada memo itu hanya nama para pemenang dan nama projeknya.Bagaimana dengan nama peserta lain?Walau pun kalah,tidak membawa sebarang hadiah buat institut apakah kami ini tidak melakukan apa2 untuk pertandingan ini?
Usah ditanya komitmen kami....siapa yang tahu ada yang dengan paksarela menarik kembali cuti yg dipohon hanya kerana untuk pertandingan ini.Siapa yang tahu ada yang bermasam muka dengan isteri kerana tidak dapat balik kekampung awal menguruskan kenduri kahwin adik.Siapa yang tahu ada yang terpaksa membiarkan isteri balik ke kampung sendirian dengan bas untuk menghadiri kenduri arwah atas kematian neneknya.Siapa yang tahu kami menyiapkan projek sehingga tengah malam selama 4hari berturut2.Siapa yang tahu berapa RM bil tel yang digunakan untuk menalifon 'guru' yang berada jauh di utara untuk membantu selesaikan masalah yang timbul.(Tiada pula pihak yg menanya masalah yang dihadapi sepanjang persiapan).Apakah ini bukan pengorbanan?Apakah ini bukan kesetiaan?Apakah wajar kami dipinggir hanya kerana kami kalah dalam pertandingan?.
lampiran memo

Jika kerana kami kalah....fikirkan sejenak.Kalahkah kami jika kami berjaya mempersembahkan projek kami sehingga akhir?Kalahkah kami jika pengadil mengucapkan syabas kerana meletakkan 'effort' yang lebih dari org lain(guna kaedah yang peserta2 lain tidak tahu hendak hasilkan.Ramai yang menanya perisian dan bagaimana dihasilkan).Kalahkah kami bila kami berjaya mempersembahkan keseluruhan projek dihadapan pengadil sedangkan hanya 13 penyertaan sahaja berjaya mempersembahkan projek berbanding 24 penyertaan kesemuanya.Yang lain hanya datang melihat,tidak berani mendaftar(kalah sebelum bertanding)hanya kerana masalah teknikal.(server tidak boleh beroperasi sebaik dipasang di dewan.),Kalahkah kami dari segi semangat jika dibandingkan dengan yang tidak mendaftar ini?
Emm mungkin kami melihat isu ini dari mata hati kami yang kecil,yang tidak seluas pandangan orang yg berada di atas.Bukankan melihat dari mata burung itu lebih luas pandangannya?

Emm coretan kali ini perlu dilihat dari pelbagai sudut agar ia tidak nampak terlalu emosional.Penilaian harus dilihat dari kedua-dua pihak.Perhatian harus diberi sama rata.
Secara peribadi,saya hanya mahu situasi sebegini diatasi sebaik mungkin agar tidak diulangi agar tiada lagi yg berkecil hati.Perhatian,pertimbangan dan penilaian sewajarnya harus diberikan.Jangan membaca dengan emosi sebaliknya dengan rendah diri renung2kan lah bersama.

Coretan ini hanya coretan peribadi dari akal fikiran Ismazaidi aka zaidievo.
Saya berfikiran terbuka boleh menerima teguran jika tulisan ini dibaca pihak berkenaan dan menyentuh pula sensitiviti pihak terbabit,tidak salah untuk berbincang pula.Kerana secara prinsipnya saya selalu berpegang pada ayat...'Usah ditanya apa yang mereka boleh beri untuk kamu sebaliknya tanyakan kepada diri kamu,apakah yang kamu boleh beri kepada mereka'.
posted by GDza Marketing @ 12:17 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank