Persoalan ini saya timbulkan selepas Menteri kesihatan ini yang menerima permohonan maaf dari Sic***a Meng Chee aka Namewee menghina lagu Negaraku seterusnya bangsa melayu dan Islam.Siapa Datuk Dr Chua untuk menerima maaf wakil Kerajaan Malaysia khasnya bangsa melayu dan Islam? Kemana pemimpin2 melayu yg lain?Yg gagah bersuara.Hatta apakah tindakan selanjutnya bagi pihak kerajaan diatas permohonan maaf ini?Apakah pihak kerajaan akan terus menerima permohonan maaf ini atas dasar kreativiti dan Namewee ini belum matang?(Penuntut Universiti berusia 24 tahun belum matang?). Sebagai rakyat Malaysia yg berdaulat dan Bangsa Melayu beragama Islam saya tercabar.Namun saya akur,saya tertakluk pada hukum Islam dan undang2 negara(tetapi jika diikutkan hati Jebat...?). Harapan saya,Pihak Pemimpin negara melakukan sesuatu tindakan yg wajar.Tidak cukup dengan hanya menghantar Wakil MCA 'menemuramah' bapa si Namewee itu saja dan seterusnya menerima permohonan maaf.(Apa kan jadi ye....jika ditakdirkan anak melayu yg mengalun/mencipta lagu Negarakuku yg di buat oleh Namewee ini?Adakah dipanggil pulang terus di ISAkan?Atau diterima maafnya sahaja?Fikir2). Saya bukan melontarkan isu perkauman disini.Saya rakyat yg akur dan patuh dengan Rukun Negara.Cuma saya mahu sama2 kita fikirkan apakah masih ada 'double standard' yg ketara diterima oleh warga negara tercinta ini dari segi undang2 negara. Saya akhiri artikal ini dengan persoalan2 yang harus kita renungkan.(Pemimpin kita mungkin tiada masa untuk baca artikel saya ini.Malahan mereka sendiri ada yg tidak faham apakah erti sebuah 'blog'.Tidak tahu pun menghasilkannya.Sebab itu mereka bising di media lain jika mereka disentuh oleh para blogger kita,tidak membalas di blog mereka(jika ada?). p/s: Namewee! anda bertanggungjawab atas perbuatan anda.
Saya mahu kata2 Syed Hamid Akbar(portfolio yg dipegang beliau,saya rasa yg paling layak untuk berjumpa keluarga Namewee ini) ini diambil perhatian dan seterusnya melaksanakan apa yg dikatakan 'diambil tindakan'.
Klik dari Namwee Si Cel***a itu:
Lihat ayat akhir video klip tersebut.Menunjukkan dia tahu apa yg dia buat.Apakah ini yg dikatan dia tidak matang?(Dia bukan saja tidak matang tetapi BINATANG!).
p/s: saya bila dengar lagu Negaraku pasti meremang bulu roma sama sewaktu Berselawat.Berani dia ni hina lagu kebangsaan ini? pss:saya memang tidak memahami bahasa yg yg dinyanyikan kecuali beberapa perkataan melayu yg digunakan.Namun gambaran dari video itu menunjukkan ia seperti yg dibicarakan oleh media eloktronik atau massa.