Terima kasih 'ibu' Jebat,Ika yg menjaga jebat sepanjang Jebat membesar di Sabak Bernam.Tak ternilai perhatian dan jagaan Ika buat Jebat.Tak terbayar walau setitis susu yg diberikan kepada Jebat.Dan Tahniah juga buat 'ayah'Azrai dan 'ibu'Ika sekeluarga kerana mendapat cahaya bongsu mereka,seorang bayi perempuan yg comel.Seolah satu kebetulan,'adik perempuan'Jebat ini, Nur Fatihah namanya seolah mengantikan keriuhan Jebat di rumah mereka.Moga semua ini akan terpahat di hati masing2 sebagai satu kenangan yg amat dihargai.Terima kasih dari kami sekeluarga. Sempena kelahiran Nur Fatihah,kami sekeluarga berikan sebentuk cincin sebagai tanda kasih sayang kami.