berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Friday, October 19, 2007
Untuk Bacaan Semua Wanita
Dalam kesibukan yang amat sangat sekarang ini,sempat juga saya setup satu blog yg khas buat kaum yang tersayang,buat ibu,buat adik kakak,buat teman2 wanita yang sepanjang hayat mendambakan hidup buat keluarga,buat lelaki yang bernama suami,ayah dan teman.Blog ini merupakan ruang informasi mengenai BARAH PAYUDARA yang menyerang kaum wanita tanpa rasa belas.Sekadar makluman,Datin Seri Endun Mahmood(Arwah isteri Perdana Menteri kita) juga meninggal kerana penyakit ini.Ia menyerang tidak kira usia,pangkat dan darjat.Diharap pembaca blog ini dapat serba sedikit informasi mengenai penyakit ini.


p/s:Maaf kerana blog ini berbahasa inggeris(bagi tujuan mengutip sedikit dana dari google).

NAMSAHAZ Webhosting - hanya RM0.12 per 1MB!!!

Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 5:03 PM   0 comments
Monday, September 24, 2007
Kasih Sayang
Nilaikan sendiri gambar2 ini.
Entah kenapa masih ada yg tidak pernah mengerti erti kasih sayang.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 2:04 PM   0 comments
Sunday, August 19, 2007
Sesuatu Perasaan Yg Kita Rasa Tapi Tidak Nampak
Qoute Dari Jiwangsiot
Kisah ini amat bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:

(dipetik dari email)

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Puaskah Siti sayangku..?"
"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Feeling siot bacanya huhu!

Labels: , ,

posted by GDza Marketing @ 4:41 PM   0 comments
Monday, August 6, 2007
Renungan....Bagaimana Hendak Menegur
Cuba kita renung-renungkan cerita ini.

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu
sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...

"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...)
kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...
Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"
Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....
Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan...

Sekadar Gambar Hiasan


Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 3:48 PM   1 comments
Terima Kasih Ika
Terima kasih 'ibu' Jebat,Ika yg menjaga jebat sepanjang Jebat membesar di Sabak Bernam.Tak ternilai perhatian dan jagaan Ika buat Jebat.Tak terbayar walau setitis susu yg diberikan kepada Jebat.Dan Tahniah juga buat 'ayah'Azrai dan 'ibu'Ika sekeluarga kerana mendapat cahaya bongsu mereka,seorang bayi perempuan yg comel.Seolah satu kebetulan,'adik perempuan'Jebat ini, Nur Fatihah namanya seolah mengantikan keriuhan Jebat di rumah mereka.Moga semua ini akan terpahat di hati masing2 sebagai satu kenangan yg amat dihargai.Terima kasih dari kami sekeluarga.
Sempena kelahiran Nur Fatihah,kami sekeluarga berikan sebentuk cincin sebagai tanda kasih sayang kami.



Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 9:55 AM   0 comments
Tuesday, July 31, 2007
Makan2 Sama Keluarga
Ahad lepas wat makan2 sama keluarga.Seronok gak...Awal2 pagi kami bawa mak pergi ker Pasar Besar Ipoh beli udang,ketam,lala dan 2-3 bahan lain.Balik je terus masak.Saya buat tomyam sotong dengan lala masak halia.Liza dia buat paprik udang dan siakap 3 rasa.Mak masak ketam gulai lemak ngan sambal belacan.Pergh meleleh! hehe.
Sayangnya adik yg kat Penang tu tak dapat balik.
Sesekali makan besar ni seronok juga.Tapi sampai tak tau nak pilih lauk payah gak kan?Bila semua hendak dimakan ni ler jadinya....naik terus 90Kg berat badan.Adus.....awal tahun elok je 83Kg.

Labels:

posted by GDza Marketing @ 1:48 PM   0 comments
Thursday, December 7, 2006
Anak ku Sayang

Pagi tadi terasa hiba pula bila anak sulong aku tu mengadu tak dapat bersembang dengan aku minggu ni. Kebetulan minggu ni aku balik dia dah tidur. Sudah 3 hari aku tidur pukul 3:30pagi bagi menulis dan menyediakan Affilliate E-book yang bakal terbit ni. Pagi tadi Azrul Daniel peluk aku.Rindu benar dia.Terharu sangat....Lupa sekejap kekecewaan semalam. Hari ini Tok Wan dia hantar dia ke rumah mertua aku.Dah janji nak tinggal sana seminggu. Emm minggu depan aku akan ambik dia dan bawa dia tidur di rumah mama pulak.
Apa yang saya nak kongsi di sini ada beberapa perkara. Antaranya peranan kasih sayang. Kasih anak kepada bapa,kasih suami kepada isteri,kasih pada mertua,kasih cucu pada datok dan opahnya. Kasih sayang,sifat yang tidak boleh kita buang dari jiwa kita.Harus kita pelihara bagi menjaga keharmonian setiap jiwa insan. Bayangkan lah,dalam pada hati saya penuh kekecewaan semalam pagi ni mendapat pelukan kasih sayang seorang anak. Lupa semua kekecewaan,lupa semua amarah dalam hati ini.
Kasih sayang juga buat kita saling percaya antara satu sama lain walau tinggal berjauhan. Dugaan boleh di tempuh dengan pautan kuat kasih sayang. Kasih sayang juga menyedarkan kita akan tanggung jawap. Hari ini aku sedar, apa guna memberi masa yang lebih pada kerja sedangkan kebahagian itu datang semasa kita berkasih sayang dengan keluarga.
Emm agak bosan tulisan hari ni ye? Ko dah berkeluarga boleh ler citer...aku ni bujang trang tang tang nak berkasih sayang ngan sapa lak? hehe sabar tuan! kasih sayang ni wujud dihati kita. Ia berinteraksi pada apa saja di maya ini. Pada Tuhan,pada alam,pada masyarakat hatta pada negara. Apa tah lagi pada insan2 yang paling hampir dengan kita. Sudah tel mak abah di kampung? sudah sms rakan yang lama tak berjumpa? sudah hubungi teman istimewa? :)

K ler...jumpa di lain coretan...wasalam!

Labels:

posted by GDza Marketing @ 12:16 PM   2 comments

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank