berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Friday, October 19, 2007
Untuk Bacaan Semua Wanita
Dalam kesibukan yang amat sangat sekarang ini,sempat juga saya setup satu blog yg khas buat kaum yang tersayang,buat ibu,buat adik kakak,buat teman2 wanita yang sepanjang hayat mendambakan hidup buat keluarga,buat lelaki yang bernama suami,ayah dan teman.Blog ini merupakan ruang informasi mengenai BARAH PAYUDARA yang menyerang kaum wanita tanpa rasa belas.Sekadar makluman,Datin Seri Endun Mahmood(Arwah isteri Perdana Menteri kita) juga meninggal kerana penyakit ini.Ia menyerang tidak kira usia,pangkat dan darjat.Diharap pembaca blog ini dapat serba sedikit informasi mengenai penyakit ini.


p/s:Maaf kerana blog ini berbahasa inggeris(bagi tujuan mengutip sedikit dana dari google).

NAMSAHAZ Webhosting - hanya RM0.12 per 1MB!!!

Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 5:03 PM   0 comments
Tuesday, August 14, 2007
Poco-poco @ ILP Ipoh
Selamat sejahtera...
Emm sekarang ni pegawai dan kakitangan wanita ILP Ipoh makin sihat ler nampaknya,maklum ler 2hari seminggu(ptg rabu dan khamis) mereka akan bersenaman Poco-poco.Nasib lelaki tak dijemput sekali,takut nanti yg kat rumah lak yg 'sihat' nanti.hehe.
Ok...petikan dari blog seorang blogger,(http://www.cikguazleen.com)sama2 kita baca,apakah poco-poco.....
Ayuh.. Kita tengok dulu video lagunya ini..




Teringin melakukan aktiviti senaman dengan cara yang mudah dan menyeronokkan? Apa lagi, menarilah! Selain daripada berseronok, anda juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Yang lagi bagusnya, aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. Dan tak kurang pentingnya dapat menghilangkan stress serta serabut kepala anda..

Pernah mendengar tarian Poco-poco? Ohhh.. Jika tak pernah dengar, anda pernah dengar tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia.. Hmmm.. Saya tak pasti ada tak agaknya lagu malaysia yang sesuai ditarikan dengan line dancing ini..

Poco-poco di Tokyo

Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan.. Ala, kalau saya pun boleh buat, dah tentu anda semua boleh juga.. Selain itu, tarian ini juga tak memerlukan anda memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak.. Opppsss.. Pastikan juga anda melakukannya bukan sewaktu bekerja ya.. Mungkin waktu rehat tengahari..

Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..

1. Bergerak ke kanan dua langkah..
2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
3. Bergerak ke belakang dua langkah
4. Bergerak ke hadapan dua langkah
5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..

Sekarang kita tengok pula video mereka yang belajar poco-poco ni..


Kalau buat beramai-ramai dan semua pakai kasut tumit yang akan mengeluarkan bunyi bila dihentak ke lantai, lagi sedap..Agaknya.

p/s: kalau ada kesempatan mungkin boleh saya rakamkan gambar pegawai/kakitangan ILP Ipoh sedang berpoco-poco nanti.hehe

Puan Rosnah...kita buat kat budak2 kita nak tak?hehe
Selain meyihatkan,pelatih boleh terhibur dan melepaskan tekanan belajar.
Tapi AWAS! Jgn cikgunya macam Inul ni lak yer...hehehe


Ada ker yg poco-poco begini di ILP?hehe...waduh! siksa dong ahh!


pss:Artikel Poco-poco saya di dalam BI Klik blogpoco2


Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 10:02 AM   2 comments
Wednesday, May 30, 2007
Riadah
Assalamualaikum.
Bertemu sekali lagi.Apa khabar anda sekarang ini?Tajuk coretan kali ini berkait rapat dengan kesihatan.Iaitu 'Riadah'.
Dalam sehari berapa minitkah masa yang diperuntukkan oleh kita untuk beriadah? Sedarkah kita dengan beberapa minit itu kita telah melakukan sesuatu untuk kita menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Kita harus membudayakan aktiviti riadah ini.
Klik infosihat yang membincangkan soal riadah dari konteks aktiviti fizikal dan senaman.
Emm riadah juga mampu mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda rasa tertekan cuba anda meluangkan sedikit masa bagi melakukan sebarang aktiviti riadah,sekurang2nya satu senaman ringkas.
Minggu akhir berkursus Pedagogy di CIAST kami ramai2 telah mengunjungi Plaza Alam Sentral untuk beriadah,Kami bermain bowling.(2 game sorang).Kalah menang bukan soalnya,yang penting kami dapat beriadah dan melepaskan tekanan setelah hampir 3bulan bertungkus lumus menyiapkan tugasan kursus.(ada yang pkl 1-2pagi masih di bilik AVA menyiapkan kerja).
Selain bermain bowling,sebahagian dari kami turut beriadah dengan bermain boleh takraw pada setiap petang.Selain itu kami turut mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan ILP Kuala Langat. Beberapa siri perlawanan futsal turut diadakan pada sebelah malam.
Ternyata, aktiviti2 riadah ini menceriakan kami selain menjadikan kami sihat dan bersemangat menjalani kursus di sini.(walau ada yang demam.biasa ler kadang2 demam rindu.hehe).
Selain menyihatkan tubuh,riadah juga sebagai mengerat silaturahim.
Jadi nasihat saya kepada diri serta pembaca sekalian.....marilah kita beriadah bagi meningkatkan kualiti hidup kita seharian.
Malam tadi,sekali lagi kami para staf ILP Ipoh bersama2 pengarah turut ke gelanggang bowling Jaya Jusco anjuran PSKK.Dengan harapan sukan ini dapat mengeratkan ikatan silaturrahim dan cerdaskan fikiran di kalangan staf ILP Ipoh agar sentiasa boleh berkerja dengan penuh dedikasi dan tumpuan.Hadiah turut di sediakan bagi 3 pasukan terbaik serta 3 individu terbaik.Hadiah akan disampaikan sendiri oleh pengarah pada malam ini sempena majlis penutup sukan ILP Ipoh.Tahniah Buat Semua Pemenang,juga buat semua staf yang hadir.
p/s: sebelah ini,balingan strike dari Pn Rosnah(Pengarah ILP Ipoh) :)

Labels:

posted by GDza Marketing @ 4:16 PM   0 comments

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank