berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Tuesday, November 27, 2007
Anugerah | Konvo | Tahniah
Argh! begitu lama rasanya saya tidak menulis.Byk perkara hendak dikongsi tetapi entah kenapa berat jari-jari ni nak mengetuk papan kekunci ni.Emm apa nak tulis ye?Kadang2 dlm satu ketika kita capai tahap tepu juga.Namun dengan pembacaan dan pemerhatian minda kita akan kembali bekerja semula.(Tepu kejap xpe).

Emm apa pun saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan ILP Ipoh kerana menganugerahkan saya 'pekerja anovatif/kreatif' sempena Hari Q yg berlangsung pada 12 hb yg lalu.

Minggu lepas,20 dan 21 hb ILJTM Utara telah mengadakan majlis konvokesyennya di Dewan Mellinium Kepala Batas.Tahniah diucapkan kepada bekas2 pelatih ILJTM Utara.

Antara Bekas Pelatih Saya- Kursus TKS(Teknologi Komputer Sistem)


posted by GDza Marketing @ 5:00 PM   0 comments
Sunday, November 18, 2007
Bagaimana Upload File Ke Server?
Salah satu pengetahuan yang WAJIB anda ketahui di dalam usaha perniagaan Internet atau di dalam melakukan pembinaan laman web ialah penggunaan perisian FTP.Tanpa menguasai asas penggunaan FTP, anda amat sukar untuk melakukan kerja-kerja membina laman web kerana melalui FTP lah anda akan menghantar File-File laman web ke Server (Hosting).Anda mungkin bertanya pula, apa itu Server? Apa itu Hosting? Sebelum saya menjawab persoalan ini, saya ingin menyebut lagi beberapa perkara seperti:

1 - Internet
2 - HTML
3 - Nama Domain

Namun sebelum terjawabnya mengenai apakah perkara-perkara di atas dan bagaimana ia berfungsi, apakah itu sebenarnya FTP? Apakah kegunaannya? Bagaimana ia boleh berfungsi?Semua soalan-soalan ini akan terjawab di dalam Ebook "Panduan Mudah FTP"

(psst!!! anda boleh buat duit dgn ebook ni tau....!)

klik FTP Cara Mudah

Perlu hosting dan domain jgn lupa Namsahaz

posted by GDza Marketing @ 7:20 PM   0 comments
Monday, November 12, 2007
Tahniah Azrul Daniel
Tahniah dan teruskan usaha buat anakanda Azrul Daniel kerana mendapat tempat ke 4 keseluruhan dalam peperiksaan akhir Tahun 2.Mendapat hampir 80% markah keseluruhan.Janjinya,mendapat tempat pertama hingga ke tiga akan mendapat hadiah.Oleh kerana hanya mendapat tempat ke 4 maka hanya dapat ucapan 'tingkatkan usaha' je lah:).
Namun begitu sebagai motivasi aku memberi dia pilihan makanan segera yang dia mahukan.Azrul memilih Pizza Hut.Jadi sabtu haritu sebagai memenuhi janji kami sekeluarga makan bersama meraikan Azrul.Tahniah sekali lagi.





posted by GDza Marketing @ 4:30 PM   0 comments
Khidmat Sosial
Semalam(11/11/2007),saya mengunjungi En Khairul serta adik2 di Nurul Iman di Kg Manjoi menyampaikan sedikit sumbangan keperluan harian.Pelbagai dugaan ditempuh oleh En Khairul dalam lebih 7 tahun menguruskan Nurul Iman.Dengan ketiadaan sumbangan dari pihak korporat,pembiayaan diuruskan sepenuhnya oleh En Khairul serta sumbangan org ramai.Moga ada pihak akan tampil memberi sedikit sebanyak sumbangan buat 35 org anak2 yatim/miskin di Nurul Iman ini yg terdiri dari anak2 perempuan dan lelaki yg berumur lingkungan 4 hingga 17 tahun.Saya amat berharap email saya ini dapat dibaca oleh golongan korporat dan terbuka hati untuk membuat sumbangan ikhlas.(tak leh tolak income tax ni tau...).Harapan saya juga ada individu2 yang dapat menyumbang sedikit sebanyak bagi mengurangkan beban.Dalam melakukan khidmat sosial ini, Fikirkan betapa besarnya rahmat Allah kepada kita dari doa anak2 yatim ini.
Kebetulan pula...En Khairul ni junior saya semasa di PUO dulu.Moga Allah terus memberi kekuatan kepadanya untuk meneruskan perjuangan ini.Namun tak sempat hendak bersembang panjang kerana mereka sedang bersiap untuk pergi memenuhi undangan ker majlis perkahwinan.
Wallahualam.

p/s: sebarang bentuk sumbangan terus hubungi En Khairul untuk urusan di 016-5460071


En Khairul Sedang Menceritakan Latar Belakangnya.(Dalam Pej Nurul Iman)



Anak2 Beratur Menyalam Kami Dan Bersiap Ker Majlis Kenduri


posted by GDza Marketing @ 1:55 PM   0 comments
Friday, November 9, 2007
Kelahiran Anak Saudara Perempuan
Jam 03:08 8hb Nov aku mendapat anak saudara perempuan yg comel.Anak kelahiran sulong dari adik perempuan aku,Ismaliza Bt Ismail.Bermula pagi 6:30 7hb Nov mula masuk ubat,proses kelahiran bermula.Aku jangkakan pada awalnya menjelang petang akan lahirlah anak comelnya.Rupanya ia berterusan sehingga awal pagi 8hb Nov(baby Deeparaya,Pagi deepavali di bulan Shawal hehe).DiQamatkan oleh ayahnya pada subuh 8hb sebaik sahaja dipindahkan ke wad.Jam 1 ptg 8hb baby serta ibunya dibawa ke rumah selepas diberi kebenaran oleh pihak hospital untuk dibawa pulang setelah disahkan sihat.



Cucu Perempuan Pertama Dalam Keluarga Aku.
Insyirah Maisarah

posted by GDza Marketing @ 11:29 AM   0 comments
Thursday, November 8, 2007
Staff ILP Ipoh Di Hospital Ipoh

Seorang kakitangan Ilp Ipoh berada di Hospital Besar Ipoh atas masalah kesihatan (komplikasi buah pinggang).Saudara Sufian berada di wad 5B katil 39.
posted by GDza Marketing @ 11:46 AM   0 comments
Friday, November 2, 2007
1st TT-Satu Pertemuan
Teh Tarik session,Tech Talk atau biasa di sebut TT merupakan aktivi yang kerap dilakukan oleh sesebuah Forum bagi mengumpulkan ahli2 forum untuk bersembang dan berbincang.Biasanya dari sessi TT ni lah perancangan yg lebih besar seperti Mega Ghathering akan dibincangkan.
Mlm tadi forum benithmail dot com turut mengadakan 1st TTnya.Namun admin forum hanya menggunakan sessi kali ini untuk 'Ta'aruf' sahaja.Sebabnya,ini merupakan kali pertama ahli forum berjumpa secara bersemuka.Sedikit sebanyak sessi kali ini berjaya juga memesrakan hubungan yg telah sedia terjalin di online.Walau terdapat sikit jurang yg dapat dilihat(kerana di dlm forum ada golongan motorsport,komuniti dan ebisnes),diharap pada sessi akan dtg kita semua akan dapat lebih mesra.Sebagai admin forum,saya mengucapkan terima kasih pada yg hadir.Lihat report klik Report TT

Admin Zaidievo dan Abu Faris
posted by GDza Marketing @ 9:26 AM   0 comments
Thursday, November 1, 2007
Penghargaan,Kekecewaan,Kekesalan,Perhatian?
Coretan hari ini dimulakan dengan ucapan Tahniah buat warga ILP Ipoh kerana berjaya merangkul 3 tempat teratas dalam pertandingan Kemahiran dan Inovasi(tak mau sebut Kandungan Etraining) yg berlangsung di ILP Kepala Batas pada 27hb sehingga 30hb yg lalu.
Ipoh merangkul Juara dengan projek 'my mobile security alert'.Tempat kedua dengan projek 'pembakaran raku' serta tempat ke3 dengan projek 'One touch power jack'.Tahniah sekali lagi.Ipoh Memang Best.


keratan memo hadapan

Baiklah sekarang kita berbalik kepada topik kali ini.
Mana-mana pertandingan harus disertai oleh peserta.Dan dari keputusan pengadilan akan wujud situasi menang dan kalah.Bermula dari pemilihan peserta sehingga projek disiapkan,akan melibatkan seluruh komitmen dari peserta atau jabatan diwakili samada dari segi meterialnya,masanya serta wang ringgitnya.Yang semua komitmen ini seharusnya diucap syabas dan dihargai.Baik secara lisan,bertulis atau material seperti cenderahati.Sekurang2nya ucapan terima kasih kerana menjadi peserta.(Tahniah juga wajar diucap jika peserta adalah dari yg terpilih).Itu pasca pertandingan.Tambahan jika selepas pertandingan,menang pula tu....seharusnya lah diberi penghormatan dan diraikan.Terima kasih kepada pihak ILP Ipoh kerana mengedarkan memo kesegenap pelusuk institut memaklumkan kemenangan ini.Bayangkan betapa bangganya kami sabagai peserta bila nama tertulis dimemo edaran.
Namun,samada disengajakan atau tidak memo ini sedikit sebanyak menguris hati kepada kami peserta yang turut menyertai pertandingan ini tetapi kalah.Dimanakah kewajarannya memo ini diedarkan dengan hanya memaklumkan serta pengucapan tahniah buat yang menang sahaja?Nama2 yang dilampirkan pada memo itu hanya nama para pemenang dan nama projeknya.Bagaimana dengan nama peserta lain?Walau pun kalah,tidak membawa sebarang hadiah buat institut apakah kami ini tidak melakukan apa2 untuk pertandingan ini?
Usah ditanya komitmen kami....siapa yang tahu ada yang dengan paksarela menarik kembali cuti yg dipohon hanya kerana untuk pertandingan ini.Siapa yang tahu ada yang bermasam muka dengan isteri kerana tidak dapat balik kekampung awal menguruskan kenduri kahwin adik.Siapa yang tahu ada yang terpaksa membiarkan isteri balik ke kampung sendirian dengan bas untuk menghadiri kenduri arwah atas kematian neneknya.Siapa yang tahu kami menyiapkan projek sehingga tengah malam selama 4hari berturut2.Siapa yang tahu berapa RM bil tel yang digunakan untuk menalifon 'guru' yang berada jauh di utara untuk membantu selesaikan masalah yang timbul.(Tiada pula pihak yg menanya masalah yang dihadapi sepanjang persiapan).Apakah ini bukan pengorbanan?Apakah ini bukan kesetiaan?Apakah wajar kami dipinggir hanya kerana kami kalah dalam pertandingan?.
lampiran memo

Jika kerana kami kalah....fikirkan sejenak.Kalahkah kami jika kami berjaya mempersembahkan projek kami sehingga akhir?Kalahkah kami jika pengadil mengucapkan syabas kerana meletakkan 'effort' yang lebih dari org lain(guna kaedah yang peserta2 lain tidak tahu hendak hasilkan.Ramai yang menanya perisian dan bagaimana dihasilkan).Kalahkah kami bila kami berjaya mempersembahkan keseluruhan projek dihadapan pengadil sedangkan hanya 13 penyertaan sahaja berjaya mempersembahkan projek berbanding 24 penyertaan kesemuanya.Yang lain hanya datang melihat,tidak berani mendaftar(kalah sebelum bertanding)hanya kerana masalah teknikal.(server tidak boleh beroperasi sebaik dipasang di dewan.),Kalahkah kami dari segi semangat jika dibandingkan dengan yang tidak mendaftar ini?
Emm mungkin kami melihat isu ini dari mata hati kami yang kecil,yang tidak seluas pandangan orang yg berada di atas.Bukankan melihat dari mata burung itu lebih luas pandangannya?

Emm coretan kali ini perlu dilihat dari pelbagai sudut agar ia tidak nampak terlalu emosional.Penilaian harus dilihat dari kedua-dua pihak.Perhatian harus diberi sama rata.
Secara peribadi,saya hanya mahu situasi sebegini diatasi sebaik mungkin agar tidak diulangi agar tiada lagi yg berkecil hati.Perhatian,pertimbangan dan penilaian sewajarnya harus diberikan.Jangan membaca dengan emosi sebaliknya dengan rendah diri renung2kan lah bersama.

Coretan ini hanya coretan peribadi dari akal fikiran Ismazaidi aka zaidievo.
Saya berfikiran terbuka boleh menerima teguran jika tulisan ini dibaca pihak berkenaan dan menyentuh pula sensitiviti pihak terbabit,tidak salah untuk berbincang pula.Kerana secara prinsipnya saya selalu berpegang pada ayat...'Usah ditanya apa yang mereka boleh beri untuk kamu sebaliknya tanyakan kepada diri kamu,apakah yang kamu boleh beri kepada mereka'.
posted by GDza Marketing @ 12:17 PM   0 comments

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank