berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Wednesday, March 14, 2007
SPM.Keputusan Tersirat dan Tersurat...
Eh napa lain bunyi tajuknya ni?
Tahniah buat adik2 yang telah lulus cemerlang dalam keputusan SPM yang baru keluar ini.
Tahniah juga buat yang berjaya mengambil peperiksaan ini walau keputusannya agak mengecewakan.Sekurang2Nya anda berjaya menduduki peperiksaan penting ini.Sesungguhnya keputusan peperiksaan ini bukan penentu masa depan anda.BerDUIT ler...(berDoa,berUsaha,BerIkhtiar dan berTawakal) Insya Allah anda semua boleh membina kehidupan yang gemilang nanti.

Emm nampaknya media kita terlalu suka menggembar gemburkan berita ye.(memang ler dah itu sumber pendapatannya).Saya agak terkejut dan terkilan kerana Media kita khasnya media cetak terlalu awal mengembur berita berkaitan keputusan terbaik SPM kali ini.3 hari atau lebih awal dari itu,akhbar telah pun menobatkan seorang pelajar sebagai pelajar SPM terbaik dengan 19A.Kenapa terlalu awal disiarkan? Adalah lebih baik berita sebegini disiarkan sebaik keputusan sahih dikeluarkan(kebiasaannya pada hari keputusan sebenar diumumkan).keputusan rasmi belum keluar orang kampung sudah memasang banner.Akhirnya akhbar terpaksa menelan apa yg telah awal dicoretkan.('...walaupun tidak mendapat 19A keputusannya tetap gemilang...petikan akhbar,sedangkan akhbar telah war2kan berita 19A pada hari2 sebelumnya.'). Sedangkan seorang pelajar berbangsa cina telah mendapat keputusan yg lebih baik iaitu 16A1.(akhbar berbahasa inggeris melaporkan).
Baiklah saya tinggalkan persoalan ini buat media fikirkan.....

Saya mengucapkan setinggi tahniah buat yg lulus cemerlang khasnya pelajar2 dari sekolah agama dan sekolah harian biasa.Adik Nadia Rohani Malek dgn 14A (sek Agama di Trengganu),Adik Siti Fatimah Muktar dengan 18A(Maahad di Kelantan), serta Adik Nadiah(sek harian di Johor).Dan saya amat tertarik dengan petikan kata2 Adik Siti Fatimah...
'...sebagai seorang Islam,saya percaya bahawa hubungan dengan Allah dan manusia tidak boleh dipisahkan dan dengan itu kita perlu menyakininya...'. yang telah menghafal 13Juzuk Al-Quran.
Sama2 kita renungkan....
Emm kenapa kian lama kian baik keputusan peperiksaan utama kita ye?Apakah kerana remaja kita semakin pandai dalam dunia remaja yang penuh masalah sekarang ini?
Persoalan yang perlu direnungi sedalamnya.Terdapat Pro dan kontra dari keputusan yg cemerlang ini sebenarnya.Persoalan yg ingin saya bentangkan adalah.....apakah keputusan cemerlang ini adalah dari skor mentah(markah sebenar yg dicapai pelajar) atau dari Skor yg telah dipinda bagi tujuan penyelarasan?(Majlis Peperiksaan saja yang tahu sebenarnya...).Namun saya nak sentuh sikit je tentang perkara ini.(Akta rahsia ni...untuk siapa yang terlibat:) ).Sebenarnya...kelulusan cemerlang ini boleh juga hadir dari ramainya bilangan pelajar yang gagal dalam sesuatu peperiksaan itu.Sedikit info...Majlis boleh menentukan tahap lulus bagi sesuatu peperiksaan merujuk kepada taburan skor(markah) pelajar.(payah cerita dalam ni...).Semuanya berkaitan dengan Min,Mod dan Median. Dengan adanya sisihan piawai,bilangan yang cemerlang boleh bertambah jika ada unsur mengurangkan jumlah pelajar yang gagal. Semuanya pada formula Z=a+b(X-M)/SD.
Emm cukup ler sampai sini je....bagi lebih2 nanti ke'dalam' pula saya.

Masih berkisar topik keputusan peperiksaan ini.Dalam ruangan pojok Awang Selamat di Utusan,menyebut soal statistik keputusan pelajar perempuan lebih baik dari pelajar lelaki.Saya sentuh sedikit...saya bersetuju pada fakta statistik ini.(memang ramai perempuan dari lelaki di Universiti pun...).Namun sedikit kontra dari pernyataan diatas ialah...dalam kehidupan sebenar/realiti(bukan realiti TV) lelaki lebih pandai menggunakan fikirannya dalam melakukan kerja mahupun dalam menempuh kehidupan.Lelaki lebih pandai meng'applikasikan' pengetahuannya berbanding perempuan.Contoh dalam kerja2 teknikal,pelajar dalam jurusan elektrik contohnya...yang perempuan sukar menggunakan(applikasikan) pengetahuan yg ada untuk digunakan di tempat kerja atau rumah.Berbanding lelaki yang mampu mengolah pengetahuan dan pemahaman yang ada untuk di applikasikan dalam kehidupan sebenar.Jadi,tidak lah perlu golongan lelaki gusar akan statistik itu.(mereka seumpama buih di lautan....banyak tapi tiada gunanya).Amboi! Keras nampak?nak kena ler ni... hehe sengaja saya mem'provokasi'kan isu. Kita boleh debatkan jika mahu.

Apa pun saya menyeru adik2 lelaki ni....Bangun lah! kenapa dibuang masa mudamu dengan sia-sia.Agama,bangsa dan negara menagih keringatmu.Lupakan lah dunia rempitmu....lupakan lah dunia khayalmu.....lupakan lah dunia hiphop,punk atau metalmu....lupakanlah dunia sia2mu.Ayoh menggembleng tenaga seluruh ummah agar kejayaan dapat kita nikmati bersama.
Buat adik2 perempuan,teruskan usahamu memertabatkan wanita.Ikutilah jejak wanita Islam yg berjaya sebelummu.Usahlah digadai maruah untuk keseronokan sementara....usahlah terikut akan dunia yang melalaikan....usahlah terlalu mudah ingin mencuba kerana...dirimu rapuh.Sekali pecah sukar dipulihkan kembali.

Ayuh anak bangsa kita gerak seiring....kita saling memerlukan.'Hawa itu dari rusuk kiri Adam,jadi dia harus sentiasa disisi.Bukan diperkudakan bukan di tinggal pergi malah bukan pula dijunjung...'

Ok! berbalik dengan keputusan SPM tadi....
Saya doakan semuanya berjaya menempatkan diri ke Institut pengajian tinggi(IPTA atau IPTS) atau Institut Kemahiran(seperti Giat,ILP,IKBN dan sebagainya).Teruskan lah menuntut ilmu dan gunakan lah sebaik2nya.Dalam tempuh belajar janganlah men'3GP'kan diri anda.(3GP adalah format fail video untuk membolehkan penguna tel bimbit melihat video yg dirakamkan menggunakan kamera video tel khasnya selain dari format MP4).Saya berpesan kerana sekarang ramai remaja perempuan men'3GP'kan aksi bersama pasangan mereka.(jika dikumpul lebih 20Gb fail 3GP remaja melayu yg berlegar di dalam tel2 sekarang ini).Sebaliknya belajar lah dengan tekun, dengan iman dan takwa.Insya Allah diberkati.


Lihat gambar ini.Dirakam oleh saya di McD Shah Alam berhampiran UiTM Shah Alam jam 1:32 am.Penuh dengan pelajar yang saya rasa semuanya pelajar UiTM.Beginikah cara pelajar melayu gemilang kita belajar?Jangan tuduh2 beb!. Bukan sebarang tuduhan tetapi dari gaya dan cara saya pasti mereka pelajar.(semua pegang buku dan buat tugasan-sambil hidangan McD di atas meja). Saya tidak pertikaikan mereka belajar tapi persoalan saya....kenapa harus di McD?Kenapa sehingga awal pagi dan kenapa berpasang2an.Tiada pun saya lihat satu group lelaki sahaja atau satu group perempuan sahaja.Yang ada group campuran yang bilangan lelaki dan perempuan nya sama.(apa maknanya?) dan banyak meja yg hanya ber'couple'.Eh napa nak bising2 lak? mak bapa diorang pun tak bising.Benarkah ibu bapa mereka tahu begini cara anak mereka belajar?Jika benar ibu bapa mereka tahu,alangkah ........(apa nak kata ye?).Sedih! fikirkan pkl brp mereka balik?apakah terus balik?bagaimana jika terjadi apa2 semasa balik?bagaimana keadaan fizikal dan mental mereka bila datang kelas keesokan harinya?.Tolonglah adik2.....fikirkan kembali kaedah belajarmu.

Baiklah...saya tinggalkan persoalan2 ini untuk sesiapa yang ingin berfikir.

"...sesungguhnya rugilah bagi sesiapa yang tidak berfikir..."



Wasalam!


p/s:maaf jika ada yg terasa.Ini merupakan pandangan dan pendapat peribadi saya sahaja.Pernyataan bukan fakta yang tidak boleh di perdebatkan.
posted by GDza Marketing @ 11:45 PM   0 comments
Kahwin oh kahwin!
"Kahwin...kahwin...kahwin
nikah dan kawin....
bukan lah hai mudah
perkara mudah...."


antara lirik lagu Ahmadi Hassan berkisar tentang kahwin.
Perkahwinan adalah penyatuan sebuah cinta.Benarkah?Ya! cintalah yang menjadi asas pembinaan sebuah perkahwinan.Tanpa cinta,tidak kan terbina mahligai perkawinan itu.Eh bagaimana dengan yg bercinta tetapi tidak dapat bersama membina bahagia di mahligai perkahwinan?Oh! kerana cinta tidak semestinya bersatu.kerana cinta buat kita rasa bahagia walaupun kita tidak dapat bersama.Percaya lah....pasti kita kan ketemu juga cinta yang menjadi asas mahligai hidup kita kelak.Emm! bagaimana pula yg berkahwin dengan pasangan yg bukan dicintainya?.Jangan ditangisi jangan disesali....sesungguhnya cinta itu ada cuma ia dibayangi cinta lama atau sikap kita yang belum sedia terimanya.Redhai lah! percaya satu masa kita sedar akan kewujudannya.

Walau apa pun kisah cinta kita, percayalah....

Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 21 bermaksud....

'Dan diantara tanda2 yg membuktikan kekuasaan dan rahmatNya,

bahawa Dia telah menciptakan untuk mu(wahai kaum lelaki)

isteri2 dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati

dan hidup mesra dengannya, dan Dia menjadikan kamu(suami-isteri)

perasaan kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu

mengandungi keterangan2(yang menimbulkan kesedaran)

bagi orang2 yang berfikir....'

Lihatlah bertapa Allah menyintai hambaNya.

Eh napa tiba2 citer pasal kahwin ni?(nak tambah sorang lagi ker?hehe).
Bukan gitu...tapi masa cuti-cuti panjang mcm ni(cuti perayaan dan cuti sekolah) ramai yang melangsungkan perkahwinan.Moga semua pengantin(dan bakal pengantin) dapat melayari kehidupan rumahtangga yang bahagia hingga ke akhirnya.


4 Feb 2007 yg lalu...adinda saya sendiri,Ismaliza melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya saudara Mahathir dari Guar Perahu,Bukit Mertajam.Tahniah!








Pada cuti CNY yg lepas juga(17~19Feb) saudara kita Abdul Rahman memilih Norhazrin sebagai teman hidupnya.Moga tabah melayari kehidupan berumahtangga.(dengar cerita menjadi weekend husband juga hehe welcome to the club!).


Syukur juga saya di Scene Image Production dapat merakam perjalanan majlis dengan jayanya walaupun ada ketika cuaca tidak menentu.
Oh kesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat saudara Masrizal dari ILP Ipoh kerana telah pun melangsungkan majlis pernikahannya pada 11 Mac yg lalu.Dan tidak lupa Selamat Pengantin Baru kepada bakal pengantin(rakan sekursus Pedagogy) saudara Jamaludin dengan pasangannya Wan Fatimah Sumarina pada17Mac ini.

Moga berbahagia hendaknya :)
posted by GDza Marketing @ 10:59 PM   0 comments

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank