Subscribe in a reader
|
Monday, November 12, 2007 |
Khidmat Sosial |
Semalam(11/11/2007),saya mengunjungi En Khairul serta adik2 di Nurul Iman di Kg Manjoi menyampaikan sedikit sumbangan keperluan harian.Pelbagai dugaan ditempuh oleh En Khairul dalam lebih 7 tahun menguruskan Nurul Iman.Dengan ketiadaan sumbangan dari pihak korporat,pembiayaan diuruskan sepenuhnya oleh En Khairul serta sumbangan org ramai.Moga ada pihak akan tampil memberi sedikit sebanyak sumbangan buat 35 org anak2 yatim/miskin di Nurul Iman ini yg terdiri dari anak2 perempuan dan lelaki yg berumur lingkungan 4 hingga 17 tahun.Saya amat berharap email saya ini dapat dibaca oleh golongan korporat dan terbuka hati untuk membuat sumbangan ikhlas.(tak leh tolak income tax ni tau...).Harapan saya juga ada individu2 yang dapat menyumbang sedikit sebanyak bagi mengurangkan beban.Dalam melakukan khidmat sosial ini, Fikirkan betapa besarnya rahmat Allah kepada kita dari doa anak2 yatim ini. Kebetulan pula...En Khairul ni junior saya semasa di PUO dulu.Moga Allah terus memberi kekuatan kepadanya untuk meneruskan perjuangan ini.Namun tak sempat hendak bersembang panjang kerana mereka sedang bersiap untuk pergi memenuhi undangan ker majlis perkahwinan. Wallahualam.
p/s: sebarang bentuk sumbangan terus hubungi En Khairul untuk urusan di 016-5460071 |
posted by GDza Marketing @ 1:55 PM   |
|
|
|
|