berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Thursday, August 30, 2007
Sesekali....
Sesekali di jalanan terasa juga jemu,
Sesekali memandu terasa juga ingin laju,
Sesekali keseorangan terasa juga merindu,
Sesekali bersama terasa juga nak buat tak tahu.

Eh ayat per ni?Hehe saja je.Nak faham kena baca dari sudut berbeza.Biasa ler elemen sastera melayu.

Cuba renungkan sesekali....


Hari ini adalah Ambang Merdeka ke50 Malaysia.50 tahun yg lalu pada hari ini rakyat Malaya berdebar menunggu saat Union Jack diturunkan.Setelah ramai pahlawan kita terkorban dalam menentang penjajahan.Setelah bertimba keringat pemimpin tumpah dalam berunding bagi mendapatkan kemerdekaan.
Sesekali kita mengenang pahit jerih org lama berjuang... apa salahnya?
Sesekali kita meraikan kemerdekaan ini dengan takwa... apa salahnya?
Sesekali kita bersyukur kepada tuhan atas kurnia merdeka ini... apa salahnya?
Sesekali kita menyuntik semangat kemerdekaan kepada generasi muda... apa salahnya?
Sesekali kita mengawal generasi muda kita berpesta di malam merdeka... apa salahnya?
Sesekali bawa generasi muda kita melihat perbarisan merdeka dari dekat... apa salahnya?
Sesekali kita berfikir bagaimana hendak menjaga dan mendaulatkan kemerdekaan ini... apa salahnya?
Sesekali... kita kena berfikir....sesekali.... kita kena berkata....sesekali... kita kena menitis air mata.Agar generasi selepas kita tidak menyalahkan kita bila mana kemerdekaan hanya ada pada lipatan sejarah yg tak berharga pada ketika itu.Bila mana generasi itu mengatakan kita yg tidak memimpin mereka bagaimana mentadbir dan mengisi kemerdekaan.
Aku,kamu,mereka dan semua kita bertanggungjawab mengisi kemerdekaan negara tercinta ini agar pahit jerih,tumpah darah dan keringat generasi sebelum kita ini bermakna.

fikiran zaidievo
01:08 30 Ogos 2007

posted by GDza Marketing @ 11:44 AM   0 comments
Malam Bintang Merdeka ILP Ipoh
Tepat jam 9 mlm tadi,dengan kehadiran Puan Pengarah,kakitangan serta pelatih ILP Ipoh,Malam Bintang Merdeka telah berlangsung dengan penuh semangat kemerdekaan.Persembahan yg merupakan pertandingan Karaoke Patrotik,Deklamasi Puisi Merdeka serta Poster telah disertai oleh pelatih2 yg berbakat.Malam Bintang Merdeka diakhiri dengan penyampaian hadiah pemenang oleh Puan Pengarah.Hadiah tempat ke3 teratas bagi setiap kategori merupakan wang tunai yg agak lumayan.
posted by GDza Marketing @ 11:26 AM   0 comments
Wednesday, August 29, 2007
Ternak Jaya
Tahniah buat En Omar,Jiran belakang rumah saya yang berjaya menternak kambing dari perbagai jenis terutama Kambing Boer. Saya curi2 perhatikan bagaimana En Omar uruskan kambing2 nya. Payah juga rupanya. Makanannya,kandangnya,Kebersihannya semua kena jaga.Siap kena mandikan tiap ptg lagi tu.(siapa kata kambing takut air?). Abg Ipar saya juga berminat menternak kambing ni,jadi mungkin artikel blog saya ni dpt beri dia gambaran awal sebelum dia(juga sesiapa yg berminat) pergi kursus penternakan kambing ini nanti.
Oh ya....maklumat rasmi tentang penternakan kambing ini boleh juga dilayari dari web2 berkaitan seperti dari infoternak dan Risda serta blog kambing boer.



Labels:

posted by GDza Marketing @ 12:47 PM   0 comments
Thursday, August 23, 2007
Jika Boleh Dikatakan Kesilapan
Dalam kita rancak menyambut hari kemerdekaan Malaysia yg ke 50,kata org Jubli Emas.Namun masih agak 'kekok' untuk kita memperkatakan tentang pelbagai kesalahan dalam penggunaan bahasa Malaysia.Jika kita perhatikan,duit yg makin pantas ini turut mempengaruhi kesalahan ini.Lihat sahaja tulisan di email mahupun SMS di tel.Pasti kita jumpa singkatan2 perkataan yg 'terlalu singkat isinya'.Contohnya 'saya' ditulis 'sy','aktiviti' ditulis 'xtvt' dan sebagainya.Itu belum termasuk perkataan inggeris yg dimelayukan atau perkataan baru yg disesuaikan dengan keadaan semasa.Contohnya 'berani tak..' diucapkan 'ada bran...','lawanya dia...' diucapkan ' cun siot...' dan sebagainya.Kesalahan2 ini sebenarnya mempengaruhi kesilapan tatabahasa dan budaya berbahasa terutama jika digunakan dalam peperiksaan utama seperti PMR,SPM dan sebagainya.Mungkin Dewan Bahasa ada jawapan bagi senario ini....


Gambar berikut merupakan kesilapan ejaan yg tidak patut berlaku tambahan dalam suasana kita menyambut kemerdekaan negara ke 50 ini.Mungkin kesilapan ejaan tidak begitu penting untuk kita perkatakan jika dikaitkan dengan kelemahan manusia yg mungkin melakukan kesilapan semasa menaip atau mencetak.(typing error/printing error).Namun apakah tiada satu tapisan atau pemantauan dari syarikat percetakan?Bagaimana dengan Penguatkuasa terbabit?Bagaimana pun kita masyarakat melihat kesilapan sebegini?Contoh gambar kesilapan ejaan ini mendukacitakan kerana ia terletak pada pembalut bendera Malaysia(Jalur Gemilang) yg saya beli untuk digunakan sempena bulan kemerdekaan ini.


Dalam kita meraikan kemeriahan bulan kemerdekaan ini juga,kita dikejutkan dengan pelbagai kemalangan yg meragut nyawa.Dalam bulan kemerdekaan ini juga kita menempa rekod kemalangan terburuk dalam satu2 kemalangan apabila tragedi 'pusara di lebuh raya' bas ekspres di Taiping meragut 22 nyawa.Disusuli dengan pelbagai episod kemalangan bas yg seolah2 menjadi satu musim.Antara punca yg dikesan adalah kerana pemandu hilang tumpuan akibat keletihan,tertidur,memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.Dan elemen2 ini menyebabkan bas/kenderaan yg dipandu tidak dapat dikawal tambahan setelah melebihi had laju yg dibenarkan iaitu 80kmj/90kmj(betul ke?kita bawa kereta 120km/j pun bas ekspress boleh potong....tak kan kelajuan dia 90km/j kot?).
Namun kelajuan sahaja tidak boleh dijadikan alasan penyebab kemalangan.Kerana,jika kelajuan itu dapat dikawal oleh pemandu dengan kemahiran dan keupayaan/kestabilan kenderaan,Insya Allah kemalangan dapat dielakkan.Berbanding dengan memandu kenderaan yg dalam berkeadaan spesifikasi kilang oleh pemandu yg tiada kemahiran/pengalaman yg sudah tentu tidak dapat mengawal kelajuan kenderaan terbabit.Selain kemahiran pemandu(yg boleh dipertingkatkan melalui pengalaman dan pembelajaran),keupayaan kenderaan juga penting untuk mengelakan kemalangan.Contohnya...kerap saya bertembung dijalan(tiap minggu melalui jln Teluk Intan - Sabak Bernam) apabila kancil memotong kenderaan lain terutama lori pada kelajuan purata 100kmj.Bayangkan berapa masa yg perlu diambil oleh kancil ini untuk memotong lori?Sedangkan Kancil berspesifikasi kilang hanya mampu mencapai kelajuan maksima 120-130kmj sahaja.Emm bayang dan fikirkan lah...
Tetapi attitude kita juga mempengaruhi keadaan ini.Jika kenderaan kitaberkeupayaan lebih sikit,kita pula yg tidak mampu mengawal kenderaan kita.Tidak mampu dari segi kemahiran mahupun mental/emosi.Hujung minggu lepas...dlm perjalanan ke Sabak Bernam mengambil barang rumah,kereta saya dipotong oleh sebuah skyline.Tiba2 melonjak satu perasaan untuk bermain-main diatas jalan.Tidak sedar tangan pantas menukar gear melonjakkan kereta saya mengikut belakang skyline.Kami saling memotong,kiri dan kanan tidak sedar meter dah mencecah 180kmj tidak sampai 1km 'bermain'.Nasib trafic light merah menyedarkan saya,lantas kaki mengangkat sedikit pedal minyak bagi membolehkan kereta saya meluncur dengan purata kelajuan 90kmj.Walau Skyline dengan nadi RB seolah terus mengajak Wira bernadi 4G saya ini terus bermain.Dalam fikiran saya...'cukuplah sekejap...aku tak mau jalan ini menjadi 'hentian aku yg abadi'.Kesimpulannya...kawal diri kawal jentera anda.Insya Allah selamat dijalanan.

Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 3:12 PM   0 comments
Aduhai Perut Aduhai Nasi Lemak
Hari ini sempena program 'sihat sepanjang hayat' di ILP,saya turut memeriksa tahap kesihatan saya.(Cuma tak check kandungan gula dalam darah je sebab takut kena cucuk ngan jarum hehe).Keputusannya?
Jeng jeng jeng.....iklan sebentar.




Dengan ketinggian 176cm dan berat badan 90.1kg saya mendapat BMI 29.1 dengan perkiraan lemak sebanyak 25.4kg.Jadi,saya dinasihatkan menurunkan berat badan sekurang2nya 6.1kg dan lemak dikurangkan 19.3kg.Adus....overweight ler aku ni....:(
Awal tahun(sebelum kursus pedagogy 3 bln) berat badan dah ideal dengan 84kg.Lepas kursus terus naik ke 90kg.Aduhai perut aduhai nasi lemak....dua2 sayang.

Yang lebih mengusarkan adalah saya dinasihatkan terus memeriksa tekanan darah saya di Hospital apabila pemeriksaan tekanan darah hari ini telah 'melepasi border amaran' dengan catatan 149/91.Arghh! alarm dah menyala.Mcm na erk?Saya nak pergi hospital yg malas tu.(Biar dulu ler...nanti2 pi check hehe).

Bagaimana sekali pun,saya bertekad untuk mengubah cara pemakanan saya.Kuatkan azam untuk tidak makan malam dan tengah hari.Sarapan saja yg perlu diambil.Kena kuatkan azam buat sebagaimana hujung tahun lepas saya berjaya menurunkan 5kg dalam 2bln lebih.(kuatkah aku?aku mesti cuba mcmna sekali pun.Ini bab kesihatan beb...kena jaga.Badan nak pakai lama).

p/s: untuk rujukan,BMI (Body Mass Index) atas 30 merupakan obesiti atau amat gemuk,24.9 hingga 29.9 adalah gemuk.BMI yg ideal adalah 22.Kaedah kiraannya adalah menggunakan formula:
BMI = [ Berat Anda(kg)] dibahagi dgn. [Tinggi (m) x Tinggi (m)].

Elok lah anda kira BMI anda sekarang:)























Tapi lepas check dok bedal nasi lemak gak.
Adus....
posted by GDza Marketing @ 1:37 PM   0 comments
Wednesday, August 22, 2007
Apa Khabar Org kampung & Jom Tak Nak Merokok
Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dengan kerjasama ILP Ipoh melancarkan progaram Sihat Sepanjang Hayat Bersama Pemimpin Masyarakat,"Apa Khabar Org Kampung" dan Jom Tak Nak Merokok Pada Khamis 23 Ogos Ini.
Aktiviti sepanjang hari ini dimulakan dengan Senamrobik tepat jam 7:30 pagi di Padang Kawad ILP Ipoh.Turut diadakan,konvoi Cavalcade dengan kenderaan 4WD serta perasmian jam 8:15pagi.Semua acara pameran dan ceramah serta perasmian akan diadakan di Dewan Sri Kledang ILP Ipoh bermula jam 10:00pagi.Antara aktiviti lain adalah ceramah "Impak Rokok Pada Kesihatan",pameran ADK(Agensi Dadah Kebangsaan),klinik berhenti merokok,Saringan HIV(tanpa Nama),Pemeriksaan kesihatan serta gigi.
Keluarga Kakitangan Serta Pelatih dijemput hadir.

p/s: ini lah masanya untuk yg merokok mendapatkan sedikit kesedaran bahaya merokok seterusnya menyertai klinik berhenti merokok agar anda dapat meninggalkan rokok dan terus jalanin kehidupan sihat.Katakan " JOM TAK NAK MEROKOK!"

posted by GDza Marketing @ 11:23 AM   0 comments
Tuesday, August 21, 2007
IniLah Lirik Negarakuku
Inilah lirik yg dihasilkan oleh SiCela** Namewee yg dikatakan belum matang.Liriknya nyata menghentam kerajaan,org Melayu(Islam) dari segenap segi.
Setakat ini kerajaan masih membatu walau hari2 kita dengar desakan dari beberapa pemimpin negara.Namun apakah suara desakan ini sekadar untuk jadi jaguh media?Apakah tindakan selanjutnya?Mahu tunggu Pak Lah????
Emm...

terjemahan oleh laocai99

ILoveMyCountry - Negarakuku


Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku


Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
Kerana mata-mata mereka sangat tajam
Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju


Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
Aku sangat gemarkannya
Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
Aku sangat cintakan negara ini
Waktu subuh pukul 5 pagi
Ada seruan azan untuk kejutkan aku
Kadangkala ada lagu sekali
Sama macam nyanyi lagu cinta
Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja
Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta


Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau
Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
Kita amat disanjungi sikap sebegini
Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
(sikap sikap)
Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
Kau sangat suci, kau sangat pelembut
Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia )
Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa
Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei , bersama dengan gitarku
Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Tolong jangan saman aku
Aku takde duit!!




Labels: , ,

posted by GDza Marketing @ 7:52 PM   0 comments
Takziah.
Seorang pelatih ILP Ipoh telah pulang ke Rahmatullah tgh hari tadi di Hospital Besar Ipoh.Jenazah di mandi dan disembahyangkan di Surau ILP Ipoh.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh.
Ucapan takziah boleh ditulis di Forum ini.
Al-Fatihah.

Labels:

posted by GDza Marketing @ 2:01 PM   0 comments
Affiliate PertamaKu.

Dengan lafaz Bismillah....
Saya melancarkan affiliate pertama saya ke dunia E-biz.Pembaca blog ini adalah yg pertama mengetahuinya.Sehubungan dengan itu saya mempelawa pembaca blog saya mendaftar sebagai affiliate(ajen jualan) secara percuma bagi memasarkan produk saya ini.Komisen sebanyak RM15 diberi kepada setiap ajen untuk 1 jualan yg terhasil dari web link ajen.

Memetik kata salah seorang saudagar internet,Matjet katanya "Bisnes Affiliate ialah salah satu cara paling mudah untuk berniaga di internet. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar pelawat anda ke website penjual barangan yang anda wakili. Sekiranya mereka membeli, anda akan dibayar komisen. Senang kan?".

Jadi saya mempelawa para pembaca sekelian untuk menjadi ajen affiliate saya.Saya beri web percuma untuk anda.Anda hanya perlu forwardkan sahaja ke email2 kawan atau yahoogroup atau kemana sahaja.Setiap pembelian dari link anda,komisen akan diberikan kepada anda.

Bagi yg ingin mencuba menjual sebarang produk ke internet,produk saya ini amat bersesuaian untuk anda memulakan perniagaan internet anda(e-Biz).Tanpa perlu tahu akan kod2 html,php atau java script anda mampu menghasilkan sales letter(web jualan) yg menarik dan mampu menjual.Anda turut diberi pelbagai perisian lain dan juga ebook2 yg amat berguna untuk anda ceburi bidang jualan internet ini.

Jadi disini,anda ada 2 peluang besar bagi memulakan perniagaan online anda.Pertama,Jadi ajen jualan bagi produk saya dengan tanpa modal sesen pun.(hanya forward email).Dan yg keduanya....anda dapatkan produk ini dan mulakan perniagaan anda sendiri.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 11:05 AM   0 comments
Sunday, August 19, 2007
Sesuatu Perasaan Yg Kita Rasa Tapi Tidak Nampak
Qoute Dari Jiwangsiot
Kisah ini amat bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:

(dipetik dari email)

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Puaskah Siti sayangku..?"
"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Feeling siot bacanya huhu!

Labels: , ,

posted by GDza Marketing @ 4:41 PM   0 comments
Thursday, August 16, 2007
Karnival Kerjaya Perak 2007

Satu karnival kerjaya diadakan di ILP Ipoh pada 18 dan 19 Ogos ini.Semua dijemput hadir.
Klik Karnival Kerjaya untuk keterangan lanjut.

http://www.benithmail.com/karnivalkerjayaperak2007

Pakej Web Jualan

posted by GDza Marketing @ 9:37 AM   0 comments
Wednesday, August 15, 2007
Siapa Datuk Dr Chua Soi Lek?
Persoalan ini saya timbulkan selepas Menteri kesihatan ini yang menerima permohonan maaf dari Sic***a Meng Chee aka Namewee menghina lagu Negaraku seterusnya bangsa melayu dan Islam.Siapa Datuk Dr Chua untuk menerima maaf wakil Kerajaan Malaysia khasnya bangsa melayu dan Islam?
Kemana pemimpin2 melayu yg lain?Yg gagah bersuara.Hatta apakah tindakan selanjutnya bagi pihak kerajaan diatas permohonan maaf ini?Apakah pihak kerajaan akan terus menerima permohonan maaf ini atas dasar kreativiti dan Namewee ini belum matang?(Penuntut Universiti berusia 24 tahun belum matang?).
Sebagai rakyat Malaysia yg berdaulat dan Bangsa Melayu beragama Islam saya tercabar.Namun saya akur,saya tertakluk pada hukum Islam dan undang2 negara(tetapi jika diikutkan hati Jebat...?).
Harapan saya,Pihak Pemimpin negara melakukan sesuatu tindakan yg wajar.Tidak cukup dengan hanya menghantar Wakil MCA 'menemuramah' bapa si Namewee itu saja dan seterusnya menerima permohonan maaf.(Apa kan jadi ye....jika ditakdirkan anak melayu yg mengalun/mencipta lagu Negarakuku yg di buat oleh Namewee ini?Adakah dipanggil pulang terus di ISAkan?Atau diterima maafnya sahaja?Fikir2).
Saya bukan melontarkan isu perkauman disini.Saya rakyat yg akur dan patuh dengan Rukun Negara.Cuma saya mahu sama2 kita fikirkan apakah masih ada 'double standard' yg ketara diterima oleh warga negara tercinta ini dari segi undang2 negara.
Saya akhiri artikal ini dengan persoalan2 yang harus kita renungkan.(Pemimpin kita mungkin tiada masa untuk baca artikel saya ini.Malahan mereka sendiri ada yg tidak faham apakah erti sebuah 'blog'.Tidak tahu pun menghasilkannya.Sebab itu mereka bising di media lain jika mereka disentuh oleh para blogger kita,tidak membalas di blog mereka(jika ada?).
p/s: Namewee! anda bertanggungjawab atas perbuatan anda.



Saya mahu kata2 Syed Hamid Akbar(portfolio yg dipegang beliau,saya rasa yg paling layak untuk berjumpa keluarga Namewee ini) ini diambil perhatian dan seterusnya melaksanakan apa yg dikatakan 'diambil tindakan'.

Klik dari Namwee Si Cel***a itu:


Lihat ayat akhir video klip tersebut.Menunjukkan dia tahu apa yg dia buat.Apakah ini yg dikatan dia tidak matang?(Dia bukan saja tidak matang tetapi BINATANG!).

p/s: saya bila dengar lagu Negaraku pasti meremang bulu roma sama sewaktu Berselawat.Berani dia ni hina lagu kebangsaan ini?
pss:saya memang tidak memahami bahasa yg yg dinyanyikan kecuali beberapa perkataan melayu yg digunakan.Namun gambaran dari video itu menunjukkan ia seperti yg dibicarakan oleh media eloktronik atau massa.

Labels: , ,

posted by GDza Marketing @ 8:17 PM   0 comments
Tuesday, August 14, 2007
Poco-poco @ ILP Ipoh
Selamat sejahtera...
Emm sekarang ni pegawai dan kakitangan wanita ILP Ipoh makin sihat ler nampaknya,maklum ler 2hari seminggu(ptg rabu dan khamis) mereka akan bersenaman Poco-poco.Nasib lelaki tak dijemput sekali,takut nanti yg kat rumah lak yg 'sihat' nanti.hehe.
Ok...petikan dari blog seorang blogger,(http://www.cikguazleen.com)sama2 kita baca,apakah poco-poco.....
Ayuh.. Kita tengok dulu video lagunya ini..




Teringin melakukan aktiviti senaman dengan cara yang mudah dan menyeronokkan? Apa lagi, menarilah! Selain daripada berseronok, anda juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Yang lagi bagusnya, aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. Dan tak kurang pentingnya dapat menghilangkan stress serta serabut kepala anda..

Pernah mendengar tarian Poco-poco? Ohhh.. Jika tak pernah dengar, anda pernah dengar tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia.. Hmmm.. Saya tak pasti ada tak agaknya lagu malaysia yang sesuai ditarikan dengan line dancing ini..

Poco-poco di Tokyo

Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan.. Ala, kalau saya pun boleh buat, dah tentu anda semua boleh juga.. Selain itu, tarian ini juga tak memerlukan anda memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak.. Opppsss.. Pastikan juga anda melakukannya bukan sewaktu bekerja ya.. Mungkin waktu rehat tengahari..

Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..

1. Bergerak ke kanan dua langkah..
2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
3. Bergerak ke belakang dua langkah
4. Bergerak ke hadapan dua langkah
5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..

Sekarang kita tengok pula video mereka yang belajar poco-poco ni..


Kalau buat beramai-ramai dan semua pakai kasut tumit yang akan mengeluarkan bunyi bila dihentak ke lantai, lagi sedap..Agaknya.

p/s: kalau ada kesempatan mungkin boleh saya rakamkan gambar pegawai/kakitangan ILP Ipoh sedang berpoco-poco nanti.hehe

Puan Rosnah...kita buat kat budak2 kita nak tak?hehe
Selain meyihatkan,pelatih boleh terhibur dan melepaskan tekanan belajar.
Tapi AWAS! Jgn cikgunya macam Inul ni lak yer...hehehe


Ada ker yg poco-poco begini di ILP?hehe...waduh! siksa dong ahh!


pss:Artikel Poco-poco saya di dalam BI Klik blogpoco2


Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 10:02 AM   2 comments
Monday, August 6, 2007
Fenomena 'SOLAR HALO'
Lihat gambar yg telah diambil oleh site admin forum benithmail dengan menggunakan N95
(yg baru dibelinya.hehe).Klik forum untuk lihat gambar2 dari sudut lain yg menarik.Sesungguhnya indah ciptaan Allah.Teori sains mengatakan fenomena 'Solar Halo' ini terjadi apabila kandungan jutaan hablur atau kristal ais berbentuk heksagon di atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya yg berlainan. (seakan-akan pelangi)



Pesanan Penaja:

Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 8:29 PM   0 comments
Renungan....Bagaimana Hendak Menegur
Cuba kita renung-renungkan cerita ini.

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu
sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...

"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...)
kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...
Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"
Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....
Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan...

Sekadar Gambar Hiasan


Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 3:48 PM   1 comments
Terima Kasih Ika
Terima kasih 'ibu' Jebat,Ika yg menjaga jebat sepanjang Jebat membesar di Sabak Bernam.Tak ternilai perhatian dan jagaan Ika buat Jebat.Tak terbayar walau setitis susu yg diberikan kepada Jebat.Dan Tahniah juga buat 'ayah'Azrai dan 'ibu'Ika sekeluarga kerana mendapat cahaya bongsu mereka,seorang bayi perempuan yg comel.Seolah satu kebetulan,'adik perempuan'Jebat ini, Nur Fatihah namanya seolah mengantikan keriuhan Jebat di rumah mereka.Moga semua ini akan terpahat di hati masing2 sebagai satu kenangan yg amat dihargai.Terima kasih dari kami sekeluarga.
Sempena kelahiran Nur Fatihah,kami sekeluarga berikan sebentuk cincin sebagai tanda kasih sayang kami.



Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 9:55 AM   0 comments
Friday, August 3, 2007
Mitsubishi Lancer Baru
Emm bagi peminat MMC siri Lancer kini berpeluang memiliki model terbaru dari Mitsubishi yang dilancar pada 8 Ogos di Malaysia.(sama tarikh hari lahir saya ni.hehe).
emm lihat jemputan ini.....(tolong org je ni..:))



p/s: jgn lupa 8 Aug 2007 hari lahir saya.Ehh silap bagitau lak...Jgn lupa peminat Lancer ke
EON Auto Mart Sdn Bhd
No 2A &3A, Pusat Komersial Ara Ampang,
68000 Ampang, Selangor, Darul Ehsan.
PIC: En Azzron 0129137683




Labels: , ,

posted by GDza Marketing @ 3:29 PM   0 comments

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank