berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Thursday, May 8, 2008
Alfatihah - Tan Sri SM Nasimuddin
Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza,Tan Sri Nasimuddin telah kembali ke Rahmatullah pada usia 57 Tahun di sebuah hospital swasta di Long Beach, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), kira-kira 1.40 pagi, Jumaat lalu, akibat diserang kanser paru-paru.Jenazah selamat dikebumikan pada 4.30 ptg semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka Batu 9, Hulu Langat.Jenazah diterbangkan dari Los Angeles dan selamat tiba di Masjid Wilayah Persekutuan jam 1.30ptg.

Arwah merupakan tokoh korporat dan automotif yang berjaya.

Link berkaitan disini,situ,disinun....

Kata Paklah, Kata Rafidah Aziz, Kata Mahathir...
Belasungkawa: Kereta, industri automotif 'dunia' Nasimuddin
Oleh Abdul Halim Yusoff......


Bermula dengan menjual kenderaan terpakai, minat sejak remaja dorong jenama Naza pilihan terbaik

TAN Sri SM Nasimuddin SM Amin, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Naza adalah tonggak utama yang menyumbang kepada kelahiran satu jenama Malaysia dalam arena automotif antarabangsa, iaitu Naza.

Hasil inisiatif dan daya usaha Nasimuddin, jenama Naza kini muncul sebagai antara produk pilihan dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki dan mengguna kenderaan asing pada harga berdaya saing.
Model kereta seperti Naza Citra, Naza Sutera, Naza Bestari dan Naza Forza adalah antara kereta asing yang dirumus dan dijuruterakan semula anak tempatan daripada versi asal model Kia dan Peugeot. Inisiatif Nasimuddin itu membuahkan hasil dan ini diterjemahkan daripada angka jualan kenderaan berkenaan hingga kini.Untuk merealisasikan matlamat melahirkan kumpulan anak muda tempatan yang mahir dalam bidang automotif, terutama teknologi Kia, Nasimuddin melabur lebih RM35 juta menubuhkan Akademi Kia.

Kumpulan Naza, antara konglomerat Bumiputera terbesar tempatan, diasaskan pada 1974 terdiri daripada 14 bahagian perniagaan merangkumi perdagangan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, kraf air, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin yang mengasaskan Kumpulan Naza, meninggal dunia kerana kanser paru-paru di Los Angeles, California, jam 1.40 pagi semalam waktu Malaysia.

Nasimuddin, 53, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak tiga minggu lalu.

Isterinya, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Konsul Malaysia di Los Angeles, Ahmad Asmawi dipetik sebagai berkata, Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazahnya ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam Los Angeles.

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada jam 1.40 pagi ini (waktu Los Angeles).

Walaupun Kumpulan Naza terbabit dalam pelbagai bidang, ia lebih dikenali menerusi perniagaan automotif, terutama menerusi francais kereta Kia dari Korea, dan kenderaan dari Perancis, Peugeot. Selain dua jenama berkenaan, kumpulan itu juga memegang francais dan permit import bagi kenderaan Mercedes-Benz, Mazda, Ferrari, Brabus dan motosikal Hamann dan Ducati di Malaysia.

Pembabitan dalam kegiatan pengeluaran dan pemasangan kereta bermula pada 2001 apabila Naza Kia Sdn Bhd memasang Kia Spectra pada 2001 dan seterusnya kereta itu dipilih kereta terbaik oleh akhbar New Sraits Times pada 2002. Pada Januari 2005, Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd mengeluarkan Naza Citra (berasaskan Kia Carens).

Nasimuddin lebih dikenali sebagai seorang usahawan yang 'low profile', walaupun boleh digolongkan dalam kelab 'bilionaire' dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan empayar automotifnya yang dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.

Di Malaysia, nilaian sebuah syarikat automotif yang berdaya maju dianggar berdasarkan nilai jualan yang dicatatkan. Justeru, keupayaan kumpulan itu membuat tawaran membeli 40 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd dan membangunkan kilang pemasangan dan kejuruteraan di Bertam, jelas menunjukkan ia syarikat yang kaya tunai.

Sehubungan itu, penganalisis menganggarkan Kumpulan Naza bernilai lebih RM6 bilion, terutama dengan mengambil kira prestasi dicatatkan bahagian automotif, hartanah dan perhotelannya yang sudah mengembangkan sayap hingga ke Amerika Syarikat.

Dilahirkan pada 25 Januari 1955, Nasimuddin mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan mengakui meminati kereta dan industri automotif sejak remaja.

Pada usia 21 tahun, bermodalkan RM80,000 yang ditabung hasil upah kerana membantu bapanya yang juga seorang kontraktor, Allahyarham mula terbabit dalam perniagaan kereta mewah terpakai dengan memanfaatkan dasar permit import (AP) untuk Bumiputera pada 1975.

Dengan RM80,000 itu, Allahyarham membeli 20 AP dan terbang ke Jepun. Selepas tiga bulan mendalami selok-belok perniagaan kereta terpakai, Nasimuddin membawa pulang 20 kereta terpakai dan habis menjualnya dalam tempoh tiga bulan.

Nasimuddin memulakan perniagaan automotif di sebuah rumah kedai di Taman Maluri. Pada 1979, Allahyarham membuka cawangan menjual kereta terpakai di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan menjual antara 40 hingga 60 unit kereta sebulan. Kampung Baru terus menjadi tapak perniagaannya hingga kini.

Kebangkitan Allahyarham dalam industri automotif adalah sepantas kereta sport mewah yang diminatinya seperti Ferrari dan Porche.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata; "Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya."

Perjalanan perniagaannya bukan tanpa cabaran, terutama dari aspek pembiayaan dan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan membeli kereta terpakai, tambahan pula ketika itu ramai pengguna yang kurang berkeyakinan terhadap kereta Jepun.

Bagaimanapun, minat mendalam terhadap apa yang dilakukan membolehkannya melalui semua itu dan hingga kini, Allahyarham muncul sebagai antara tokoh automotif paling digeruni dengan menawarkan kereta mampu milik seperti Naza Sutera hinggalah kepada kereta import super mewah seperti Naza-Brabus.

Pada Ogos 2005, Naza membuka sebuah bilik pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu ? Naza Auto Mall di Petaling Jaya.

Kumpulan berkenaan mempunyai pembangunan hartanah, TIDI Development Sdn Bhd dan hotel di Malaysia dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.

Selain bidang automotif, kumpulan itu menerokai perniagaan makanan dengan melancarkan cawangan Bubba Gump Shrimp Co di Malaysia pada bulan lalu.

Allahyarham ialah rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan dengan dianugerahi lencana perkhidmatan Anugerah Presiden Korea Selatan pada Januari 2007 sebagai pengiktirafan sumbangannya kepada industri automotif tempatan dan penggalakan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara.

Allahyarham juga dinamakan sebagai Tokoh Automotif dan Anugerah Kereta Tahun ini NSTP-AmBank dan juga Tokoh Maal Hijrah, kedua-duanya pada 2006.

BIODATA:

* Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin
* 27 Januari 1955 - 2 Mei 2008
* Lima anak
* Pendidikan - Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
* Dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri pada Jun 1998
* Anak ketiga daripada 10 beradik

Antara anugerah diterima Kumpulan Naza pada 2006

* Kia Motor Corporation (KMC): Naza Kia menjadi satu daripada 15 pengedar kereta global diterima menyertai 'Kelab Zenith' KMC.
* Anugerah Kerajaan Korea Selatan: Nasimuddin dianugerah Pingat Perkhidmatan Industri Presiden Korea Selatan.
* Anugerah Reviu Perniagaan Teknologi: Kumpulan Naza dianugerah Pengeluar Automotif Terbaik.

posted by GDza Marketing @ 12:22 PM  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank