Subscribe in a reader
|
Monday, May 5, 2008 |
Dimana..... |
(rujuk berita tragis semalam)
Dimana perikemanusian? Dimana pertimbangan akal fikiran?
Dimana keimanan? Dimana kesabaran? Tragedi Hatib Leman di'hukum' bunuh di Kuala Perlis semalam menuntut akan keperihatinan kita.Apakah keadilan yang sebegini yang kita mahukan?Apakah adil kita menghukum hanya kerana syak wasangka?20 pasang biji mata 'hakim2' ini melihat dengan jelaskah jenayah yg dikatakan dilakukan oleh mangsa?Atau amarah 'hakim2' ini meruap hanya kerana berita tidak pasti yg sampai ketelinga mereka sahaja?Apa benar 'hakim2' ini ikhlas dalam jatuhkan hukuman pada mangsa atau ada perasaan lain yang berada di benak mereka?Kita harus perihatin segalanya.....
Dek kerana menjatuhkan hukuman sendiri,1 nyawa terkorban.Dek kerana membuta tuli isteri dalam pantang menjadi balu. Dek kerana hasutan syaitan amarah 5 org anak menjadi yatim.Sekarang mereka menuntut keperihatinan kita ahli masyarakat. Apakah yang mampu kita lakukan?Apakah yang mampu diberikan oleh 'hakim2' masyarakat ini bagi membantu keluarga ini meneruskan hidup mereka yg selama ini bergantung harap sepenuhnya atas usaha mangsa. CELAKALAH masyarakat sekeliling jika membiarkan keluarga ini terus sengsara.
Antara berita di akhbar klik sini, disini dan disini.
Dalam masa yang sama....pihak berkuasa harus melihat kes ini dengan lebih teliti.Apakah tindakan orang ramai ini kesan dari hilangnya kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis?Apakah ini permulaan tindakan masyarakat terhadap kes jenayah kanak2 yang kian berleluasa?Apakah ini kerana ketidaksamarataan ekonomi masyarakat kita?
p/s: terfikir di fikiran aku....apakah keadaan kehidupan itu mereka maka mereka diperlakukan sebegini rupa? Sebagai keluarga yang sebegini daif,apakah meraka layak dihukum sebegini?Jika lah benar....nyata org melayu masih kolot....Akan terus meLAYU lah kita.Teringat aku filem P.Ramlee....'Penarik Beca'.

|
posted by GDza Marketing @ 12:12 PM   |
|
|
|
|