|
| Tuesday, August 21, 2007 |
| IniLah Lirik Negarakuku |
Inilah lirik yg dihasilkan oleh SiCela** Namewee yg dikatakan belum matang.Liriknya nyata menghentam kerajaan,org Melayu(Islam) dari segenap segi. Setakat ini kerajaan masih membatu walau hari2 kita dengar desakan dari beberapa pemimpin negara.Namun apakah suara desakan ini sekadar untuk jadi jaguh media?Apakah tindakan selanjutnya?Mahu tunggu Pak Lah???? Emm...
terjemahan oleh laocai99
ILoveMyCountry - Negarakuku
Negaraku Negarakuku Negaraku Negarakuku Negaraku Negarakuku
Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA Kerana mata-mata mereka sangat tajam Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH Dan juga kopi O, mahukan gula lebih? Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar
Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju
Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi Aku sangat gemarkannya Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni? Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta? Macammana aku nak beromen tanpa kereta? Macammana aku nak cari awek tanpa kereta? Aku sangat cintakan negara ini Waktu subuh pukul 5 pagi Ada seruan azan untuk kejutkan aku Kadangkala ada lagu sekali Sama macam nyanyi lagu cinta Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar Jangan terperanjat dengan keadilan mereka Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta
Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila Kita amat disanjungi sikap sebegini Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka (sikap sikap) Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar Kau sangat suci, kau sangat pelembut Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia ) Tetapi mereka telah lari ke Taiwan Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?) Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007 Tradisi cina dipromosikan di mana-mana Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei , bersama dengan gitarku Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Tolong jangan saman aku Aku takde duit!!
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Labels: Ajaran sesat, kecewa semalam, Renungan |
posted by GDza Marketing @ 7:52 PM   |
|
|
|
| Tuesday, December 5, 2006 |
| Al-Arqam oh Al-Arqam |

Bagaimana erk nak menghadapi ajaran sesat ini? Kuatkan iman pohon dari Allah jauhkan dari kesesatan. Al-Arqam dah tamat riwayat....napa sekarang tiba2 isu Rufaqa timbul? Rufaqa telah bertitik tolak dari pembubaran Al-arqam.(semasa Abuya dalam buangan daerah lagi). Heran pula kenapa setelah rufaqa pesat perniagaan nya(9juta lebih asetnya jika tidak silap) tiba2 JAIS melompat terkam? Ada kaitan kah antara perniagaan Rufaqa dengan ajaran Muhammadiah?(bukan kah Abuya sentiasa di pantau KDN?). Harap JAIS dapat menyekat aliran ajaran sesat ini andai ada. Tapi di harap jangan ler pula perniagaan Rufaqa itu pula yg jadi mangsa.(perniagaan mereka sesat juga kah?). Mamat ni Al_Arqam juga ke? Tidak! jauhkan ler aku dari kesesatan. Tapi untuk makluman.... tau fu fa,air soya,keaw tiaw....masa dulu keluarga kami tak makan(cina je yg jual tahun2 seblm 80'an).Mula keluarga kami makan makanan ni setelah puak2 A-Arqam ni ler buat dan jual. Dan bila Rufaqa berkembang....aku suka beli barang dapur di kedai runcitnya(tambahan masa aku duduk di Perda BM).Walau pun kadang sedikit mahal tapi keikhlasan terbayang dalam perniagaan mereka. Dan yg penting mereka menjana kekuatan ekonomi ummah. Kita kekurangan penyumbang ekonomi,semua di kuasai bangsa lain di Malaysia ini. Jika ada org kita berniaga sedikit sebanyak bantu lah kembangkan,bukan menjatuhkan. Tidak kira lah Org kita itu dari golongan Rufaqa atau tidak. Harapan saya Majlis agama negeri khasnya JAIS dapat membendung gejala kesesatan ini. Dalam masa yang sama bertindak adil lah pada perniaagan mereka. Perbetul akidah majukan ekonomi. Insya Allah.Labels: Ajaran sesat |
posted by GDza Marketing @ 8:51 PM   |
|
|
|
|
|