berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Tuesday, June 26, 2007
Parking Oh Parking

Pakej Web Jualan



Hari ini saya pergi ker KPT di Putrajaya.Jenuh berpusing cari parking.Kebanyakan kereta di parking di tepi jalan. Tertanya-tanya juga saya ini salah siapa.Sikap pemandu yg parking sesuka hati juga menjadi satu sebab utama. Mentaliti masih didunia ketiga walaupun prasarana dunia pertama. Tetapi dari satu segi pula,saya perhatikan tempat parking yg disediakan
kebanyakkannya khas untuk kakitangan kementerian terbabit.So,dimana untuk pelawat meletakkan kenderaan mereka?emm susah gak ye.Fikir-fikir.....








Labels:

posted by GDza Marketing @ 1:07 PM   0 comments
Sunday, June 17, 2007
Final Exam




Salam sejahtera semua.

Minggu ini minggu peperiksaan akhir bagi seluruh ILJTM di Malaysia.Pertama kali digunakan soalan sepusat dikeluarkan oleh Jabatan di Putrajaya.
So,selamat menjawap bagi semua pelatih.

Gambar lain tgk di sini.

Labels: , ,

posted by GDza Marketing @ 12:41 PM   0 comments
Wednesday, June 6, 2007
Dadah Bentuk Baru.
Syabu,Ice,kristal dan seangkatan dengannya....biar apapun gelarannya, dadah jahanam ini amat meluas penggunaannya sekarang sehingga menjadi gejala yg seolah tidak boleh dibendung lagi. Dari penagih tegar(yg dulunya mengambil ganja) sehinggalah kepada golongan terpelajar dan VVIP elit. Apakah dadah ini?
3 bentuk /nama utama iaitu:
1. METHAMPHETAMINE -dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal, kaca diamond.
2. AMPHETAMINE - tujuan asal untuk perubatan perangsang kepada sistem saraf pusat, menahan rasa mengantuk dan keletihan
3. MDMA(METHYLENEDIOXYMETHATAMINE), PIL ECSTASY(XTC) - pink lady ; playboy.

Apakah kesannya sehinggakan pelbagai golongan mendampinginya?
Jangka masa pendek kesannya tidaklah menampakkan sangat akan keburukannya.Antara kesan jangka pendek adalah boleh berjaga 2-3hari,lebih berkeyakinan,tidak rasa lapar malah mampu bercakap banyak.
Tetapi kesan jangka panjang yg golongan2 ini lupakan/tidak mahu ambik tahu adalah ia memberi kesan kepada penyakit saraf,rasa bimbang yg berpanjangan,hilang daya ingatan malah boleh membawa maut.

Rujuk ADK untuk maklumat lanjut.(cerita lebih pun puak2 ni bukan nak ambik pusing tapi bacaan ini amat penting bagi golongan yg belum atau baru hendak mencuba2).

Labels:

posted by GDza Marketing @ 4:42 PM   0 comments
Tahniah Rakyat Malaysia!!!
Sabtu Ini rakyat Malaysia akan mendapat 'ibu baru' atau bahasa standardnya 1st Lady apabila PM kita Pak Lah akan bernikah.Buka ura2 sebaliknya kenyataan.Nantikan link rasmi yg akan saya pautkan.Tahniah Pak Lah.Moga berbahagia dan terus berbakti kepada rakyat jelata.

Labels:

posted by GDza Marketing @ 4:37 PM   0 comments
Ditindih Hantu.
Jika saya tanya sapa yg penah kena tindih hantu semasa tidur pasti ramai yg menjawap pernah.Namun apakah sebenarnya fenomena ini? Saya tidak pernah alaminya,harap tidak akan mengalami sepertimana rakan2 saya ceritakan.(menindih dan di tindih sebelum tidur ada ler...hehe).
Mengikut cerita dari yg pernah alami fenomena ini,semasa kita tidur tiba2 kita akan rasa ada makhluk lain dalam bentuk bayangan atau lembaga hitam yg berbulu besar dan tegap akan menghempap tubuh kita sehingga kita sesak nafas dan tidak mampu menggerakkan anggota badan malahan tidak mampu bersuara meminta tolong.(emm sesak nafas bacanya ye...hehe).
Baik lah...di sini saya akan terangkan fenomena ini dari segi sains(tanpa prajudis terhadap kepercayaan org lain) bahawa fenomena ini dipanggil 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis ini atau dimelayukan sebagai 'lumpuh waktu tidur' adalah keadaan yang terdiri daripada 'paralysis(lumpuh) yang temporary(sementara).Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage... .otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kiter kira macam switch off kejap... .REM atonia (tader muscle tone)... ... ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS... ... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik... ... kita sedar fully awake state... .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik... .mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..).

Emm susah juga nak citer ni,setakat ni boleh faham?hehe.Tak faham pun anggap faham ler ye.Apa pun antara penyebab utama yang boleh trigger sleep paralysis adalah:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal... .heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. Orang yang ader penyakit narcolepsy

Ok.So fikir2 sebelum kita berjumpa bomoh ye....

Baiklah...dalam kita mengaitkannya dengan fakta sains sebagai seorang muslim kita juga ada adap untuk tidur seperti yg dituntut Rasulullah.So,amalkan lah antaranya....basuh kaki sebelum tidur,ambil air sembayang,baca Bismillah serta surah2 lazim,tidur mengiring,baca doa sebelum tidur dan sentiasa memaafkan org lain sebelum kita tidur.Insya Allah kita kan tidur dengan aman dan damai hatta jika 'dipanggiNya' semasa tidur wajah kita masih tersenyum.Insya-Allah.


Wallahualam!

Labels:

posted by GDza Marketing @ 4:09 PM   0 comments
Tips Dari PDRM
Dipetik dari email yg dihantar ke email saya. Harap sedikit sebanyak boleh menjadikan panduan cegah jenayah untuk kita.999 melaporkan....

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah
masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan
rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,
mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita
dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991
atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara
automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.
14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg
penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand
new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil
anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau
bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber : Bukit Aman PDRM

Labels:

posted by GDza Marketing @ 4:03 PM   0 comments

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank