berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Monday, December 18, 2006
....antara....
Apa hendak di tulis ye?emm mcm2 sebenarnya tapi...tak tahu mana nak diceritakan dulu...antara kegagalan dan keceriaan,antara ikhtiar dan kepenatan, antara usaha dan masa kesuntukan.....
Make it simple! .Oh ok...mula2 tahniah kepada rakan yang baru membina blognya.Emm pasal hobi memancing nampaknya.Jgn silap pancing 'kerapu mulut merah' Miri sudah ler...hehe.Jenguk2 ler blog dia... http://ekhciban.blogspot.com.
Hari ini aku mengantuk sangat.Terlelap time lunch tadi. Semuanya gara2 menyiapkan Vcd org kawin.Ptg semalam siap...Sayangnya dari 4 keping VCD yang aku beri,3 keping sangkut2 pada minit2 akhir.Dan 3 keping cd ni aku beli kat PC Fair Ipoh.(nak murah punya pasal...huh ambik kau...).Terpaksa aku ganti balik 3 keping tu.
Adus...tugasan Pengarah suruh aku buat(iklan paper) masih tak siap walau idea dah ada. Tak tahulah napa PC aku bermasalah bila aku install Photoshop(kedai gambar?).Aku ingat mungkin cd intaller tu yang punya pasal,Tadi aku pergi ler beli cd Photoshop lain,try install tapi serupa juga....mungkin pc aku yang masalah kot.(Puan...tak leh beli bagi saya CD ori ker?haarap saya,yang cetak rompak je ler yang sya mampu beli...hehe).
Mcmna sekalipun mlm ni aku kena siapkan juga drafnya,esok aku nak hantar ke pengarah.Sebabnya.....
Ptg esok aku nak ambik anak sulong aku dari kampung dan terus nak bawa dia pergi jumpa mama dia.Rindu kat dia.Dan aku akn bercuti sehingga 25hb ni di sana.Sambil2 tu boleh ler aku fikir2kan bagaimana cara untuk aku dapatkan juga Video kamera Panasonic NV-MD9000EN ni. Harga RM4900 tapi ada fungsi Pro.(mana leh pakai videocam Samsung aku tu je,kena le upgrade sikit dah nak serius ceburi bidang ni.).Tahniah untuk bisnes partner aku,Subhi dapat juga dia membeli Digital Kamera Canon D50 kalau tak silap.Walau pun 2nd hand tapi dapat perbagai xsesori tambahan lain yang semuanya mencecah harga RM6000. Selepas tawar menawar dengan Haji Nan(T) dari ASFONS dapat lah Subhi membeli dengan harga RM3500.
Nak tgk web ASFONS?ok...klik http://www.asfonselangor.com .
Jumpa lagi...(hendak balik cepat,hendak sambung buat iklan JTM tu lak.Nak cuba install Photoshop kat PC di rumah lak).
Ok Roger!
posted by GDza Marketing @ 5:48 PM   0 comments
Wednesday, December 13, 2006
menerima arahan dari masa ke semasa...
Penjawat awam harus berikrar pada akujanji yang antara ayat terakhirnya berbunyi '...menerima arahan dari semasa ke semasa'. Baik arahan dari pegawai atasan mahupun dari pucuk pimpinan harus kita terima dan laksana arahan dengan sebaiknya.Antara arahan terbaru jabatan,hari memakai tali leher bagi gred 27 keatas pada setiap isnin minggu pertama setiap bulan.Apakah ada yang mengikutnya?Harap semua melaksanakannya.(bukan kah kita telah tandatangan akujanji?)
Pagi ini saya mendapat arahan terbaru dari pengarah(walau tanpa memo),namun saya akan berusaha sedaya upaya bagi melaksanakannya.Insya Allah. Saya harus menyediakan satu iklan untuk dipaparkan kedalam akhbar harian. Iklan untuk Jabatan dan institut saya. Sekarang saya sedang mencari bahan.(nasib pelatih sudah mula bercuti). Kena lah saya terokai Photoshop dan Ilustrator pula.Berjaga malam saya lagi saya seminggu dua ni.hehe.
Bagaimanakah idea pengarah hendak disampaikan?Pening juga memikirkannya.Maklum ler selama hari ini belajar tanpa guru hanya melalui pembacaan. (harap nanti pengarah boleh hantar saya berkursus mendalami ilmu sebegini pula).Ini lah yg saya katakan ilmu.Ilmu sentiasa bersifat baru.Harus terokai setiap waktu. Hari ini saya akan melihat dari forum grafik yg selalu saya rujuk untuk mencari idea. www.softhands.com.my .
Ok lah untuk coretan pagi ini. Hendak explore ilmu lagi...
Ayuh laksana tugas....

Labels:

posted by GDza Marketing @ 10:15 AM   0 comments
Friday, December 8, 2006
Ebook lagi

A'kum/salam sejahtera....
masih teringat coretan semalam? sudah ler tu! hehe.Kan aku dah cakap,aku buang dah semua perasaan tu.
Ok! kembali ke landasan hidupan kita. Lor! Ebook lagi?yang haritu pun tak siap lagi,dah buat yang ni lak. Bukan macam tu,sebenarnya Ebook Senggara kereta ni adalah Ebook pertama di dalam perancangan. Kebetulan dan minat dengan repair2 kereta ni. Sering kita lihat,sindrom buka bonet ni tepi2 hiway atau di jalan raya.Asal kereta meragam je ramai yang buka bonet(depan) kereta.Kenapa buka bonet?Tah! tengok semua org macam ni,kereta rosak buka bonet tengok enjin. Lor begitu rupanya. Mekanik buka bonet sebab dia tahu apa yang dia hendak periksa.Dia sudah tahu simtom2 yang berlaku.Kita bagaimana?Yang wanita,tayar pecah pun tidak tahu buka.Dimana jek kereta nak diletak?Dimana tayar spare?Tidak ramai pemandu wanita yang tahu.
Dari kesedaran itu,saya dibantu oleh adik saya selaku mekanik di Aliff Auto Garage dan bantuan rakan2 mekanik lain melahirkan Ebook senggaraan kereta ini.Tidak untuk menjadikan anda profesional atau bertauliah,tetapi cukup padat dengan ilmu untuk anda berbicara soal kereta.Sekurang2nya anda tau apakah simtom2 kerosakan,berapa anggaran kos repair,apakah kerosakan ini serius atau tidak(sekurang2nya boleh dibawa ke bengkel) sehingga lah tool atau perkakasan terlibat juga diterangkan didalam ebook ini. Saya sedang menyusun bahan agar lebih kemas dan lebih faham bila dibaca.Turut diletakkan gambar2 bagi menjelaskan sesuatu perkara.Emm nanti tgk ler bila saya previewkan di web benithmail dot com.Jika berminat untuk tambah ilmu,jangan malu2 buat pesanan nanti ye:) .
Bye...sampai ketemu lagi.
psttss! Rajin2 tuntut ilmu.Tak rugi...;)
posted by GDza Marketing @ 8:02 PM   0 comments
Thursday, December 7, 2006
Penilaian kerja
Sesuatu yang menarik bila orang menilai kita. Tak sabar untuk tahu apa nilaian orang terhadap kita. Sukar untuk kita mengetahui dari sudut manakah kita dinilai,dari aspek apakah yang diberi perhatian.
Dalam sektor awam,penilaian prestasi di panggil SKT menjadi taruhan untuk kemajuan kerja kita. Seperti biasa ketelusan penilai,keakraban penilai,prestasi kerja yg di nilai mempengaruhi markah di dalam penilai prestasi ini.
Secara peribadi,saya menerima dengan hati terbuka setiap nilaian yang dibuat kepada saya. Pada saya sudah tinggi persen/markah yang diberi Ketua Jabatan kepada saya tu.(Terima Kasih Puan). Bersyukur atas apa yang diperolehi. Sepanjang setahun bekerja dengan penuh komitmen, wajar lah saya menerima penilaian sebegini.
Namun, sedikit kekecewaan hadir dalam hati bila terdengar yang lain mendapat markah yg sama atau lebih dari yang kita dapat. Bukan membanding personaliti,bukan secara peribadi....tapi bila kenang diri yang bertungkus lumus memberi sepenuh komitmen pada setiap kerja,bila lihat yang lain hanya menumpu kerja hakiki,bila sering idea kita beri dan bila terasa kita lebih berupaya dalam sesuatu segi TERASA PENAT bila nilaian yang kita dapat sama atau lebih rendah diperolehi. Jika tidak difikirkan pada setiap pagi saya berniat kerja dengan ikhlas untuk sara keluarga, sudah pasti hari ini saya bercuti....Apa guna kerja jika tidak dihargai?lebih baik masa berharga itu kita bersama keluarga.
Bukan tujuan meminta dihargai pada kerja yang telah dilakukan,tetapi jikalah ada imbuhan penghargaan terasa juga diri ini layak mendapati. Jika sudah tentu tiada sebarang kaedah penghargaan,tak mengapa. Tak terasa hati ini,cukup lah sekadar ucapan terima kasih di terima.
Mungkin aku harus seperti yang lain juga.kerja tepat 8-5 itu pun kadang tak nampak muka sebahagian masa di pejabat. Maksudnya,bukan tidak buat kerja tapi tumpuan kerja hanya pada kerja hakiki sahaja lah,kerja2 tambahan beri komitmen lebih kurang je lah.Bukankah itu pun nilaianya sama?
Minta maaf jika tulisan hari ini tiada membawa makna pada kalian. Aku cuma meluahkan apa terpendam. Dan jika ada yang tersinggung atau terasa dari coretan ini,maafkan saya.Saya tidak berniat untuk marah,dendam dan sebagainya. Cumanya ini lah cara untuk saya meluah perasaan. Dan sebaik jari ini menjauhkan diri dari keyboard ini saya lupakan dan buangkan semua ini dari hati. Jika saya tiada menyimpan perasaan masakan kalian pula yang memendam. Sekali lagi maaf.
Akhir coretan ini....mari lah kita lakukan dengan Ikhlas setiap perbuatan. Petikan email :

Mengikut ulama, ikhlas ini ada tiga peringkat.

Pertama melakukan kerja hanya kerana Allah. contohnya niatnya begini.." Aku melakukan kerja ini kerana Allah. INi adalah paling rendah tingkat ikhlas.

Kedua..Allahlah yang membolehkan kita melakukan kerja. Contohnya niat kita begini " Allahlah yang membolehkan aku melakukan kerja ini " Ini adalah ikhlas tingkat kedua.

Ketiga..ini ialah tingkat iklhlas yang paling atas. Contohnya begini " Allahlah yang mengaturkan segala-galanya untuk aku. Aku sesunguhnya tidak berdaya melakukan apa-apa. "

Wassalam!

Labels:

posted by GDza Marketing @ 1:23 PM   0 comments
Anak ku Sayang

Pagi tadi terasa hiba pula bila anak sulong aku tu mengadu tak dapat bersembang dengan aku minggu ni. Kebetulan minggu ni aku balik dia dah tidur. Sudah 3 hari aku tidur pukul 3:30pagi bagi menulis dan menyediakan Affilliate E-book yang bakal terbit ni. Pagi tadi Azrul Daniel peluk aku.Rindu benar dia.Terharu sangat....Lupa sekejap kekecewaan semalam. Hari ini Tok Wan dia hantar dia ke rumah mertua aku.Dah janji nak tinggal sana seminggu. Emm minggu depan aku akan ambik dia dan bawa dia tidur di rumah mama pulak.
Apa yang saya nak kongsi di sini ada beberapa perkara. Antaranya peranan kasih sayang. Kasih anak kepada bapa,kasih suami kepada isteri,kasih pada mertua,kasih cucu pada datok dan opahnya. Kasih sayang,sifat yang tidak boleh kita buang dari jiwa kita.Harus kita pelihara bagi menjaga keharmonian setiap jiwa insan. Bayangkan lah,dalam pada hati saya penuh kekecewaan semalam pagi ni mendapat pelukan kasih sayang seorang anak. Lupa semua kekecewaan,lupa semua amarah dalam hati ini.
Kasih sayang juga buat kita saling percaya antara satu sama lain walau tinggal berjauhan. Dugaan boleh di tempuh dengan pautan kuat kasih sayang. Kasih sayang juga menyedarkan kita akan tanggung jawap. Hari ini aku sedar, apa guna memberi masa yang lebih pada kerja sedangkan kebahagian itu datang semasa kita berkasih sayang dengan keluarga.
Emm agak bosan tulisan hari ni ye? Ko dah berkeluarga boleh ler citer...aku ni bujang trang tang tang nak berkasih sayang ngan sapa lak? hehe sabar tuan! kasih sayang ni wujud dihati kita. Ia berinteraksi pada apa saja di maya ini. Pada Tuhan,pada alam,pada masyarakat hatta pada negara. Apa tah lagi pada insan2 yang paling hampir dengan kita. Sudah tel mak abah di kampung? sudah sms rakan yang lama tak berjumpa? sudah hubungi teman istimewa? :)

K ler...jumpa di lain coretan...wasalam!

Labels:

posted by GDza Marketing @ 12:16 PM   2 comments
Tuesday, December 5, 2006
Al-Arqam oh Al-Arqam


Bagaimana erk nak menghadapi ajaran sesat ini? Kuatkan iman pohon dari Allah jauhkan dari kesesatan. Al-Arqam dah tamat riwayat....napa sekarang tiba2 isu Rufaqa timbul? Rufaqa telah bertitik tolak dari pembubaran Al-arqam.(semasa Abuya dalam buangan daerah lagi). Heran pula kenapa setelah rufaqa pesat perniagaan nya(9juta lebih asetnya jika tidak silap) tiba2 JAIS melompat terkam? Ada kaitan kah antara perniagaan Rufaqa dengan ajaran Muhammadiah?(bukan kah Abuya sentiasa di pantau KDN?). Harap JAIS dapat menyekat aliran ajaran sesat ini andai ada. Tapi di harap jangan ler pula perniagaan Rufaqa itu pula yg jadi mangsa.(perniagaan mereka sesat juga kah?).
Mamat ni Al_Arqam juga ke? Tidak! jauhkan ler aku dari kesesatan. Tapi untuk makluman.... tau fu fa,air soya,keaw tiaw....masa dulu keluarga kami tak makan(cina je yg jual tahun2 seblm 80'an).Mula keluarga kami makan makanan ni setelah puak2 A-Arqam ni ler buat dan jual. Dan bila Rufaqa berkembang....aku suka beli barang dapur di kedai runcitnya(tambahan masa aku duduk di Perda BM).Walau pun kadang sedikit mahal tapi keikhlasan terbayang dalam perniagaan mereka. Dan yg penting mereka menjana kekuatan ekonomi ummah. Kita kekurangan penyumbang ekonomi,semua di kuasai bangsa lain di Malaysia ini. Jika ada org kita berniaga sedikit sebanyak bantu lah kembangkan,bukan menjatuhkan. Tidak kira lah Org kita itu dari golongan Rufaqa atau tidak.
Harapan saya Majlis agama negeri khasnya JAIS dapat membendung gejala kesesatan ini. Dalam masa yang sama bertindak adil lah pada perniaagan mereka. Perbetul akidah majukan ekonomi. Insya Allah.

Labels:

posted by GDza Marketing @ 8:51 PM   0 comments
Siri BikinSendiri
Alhamdulillah...ptg ni aku dapat siapkan sebahagian dari siri ebook yang bakal terbit. Siri BikinSendiri ini pada perancangannya akan mengandungi beberapa ebook manual yang dapat membantu pembaca mendalami sesuatu ilmu yang di bincangkan. Untuk siri pertama ini aku akan terbitkan manual menerbitkan VCD.So,nanti aku akan pastekan URL bagi mengetahui tentang siri2 ebook ini.
Emm bila ingat2 orang yang dah berjaya dalam E-Bisnes ni,terasa betapa kerdilnya aku kerana lambat merebut peluang ini. Nasib baik Saifulsham menyedarkan saya.(melalui pembelian buku terbitan mereka yang di beli secara tidak sengaja di Alamanda). Mereka masih berstatus pelajar di UTP Tronoh (sekarang praktikal),namun sudah berjaya dalam E-Biz ini. Harap aku tidak terlalu tua untuk ceburi bidang yang menawarkan 9/10 rezeki ini. emm kalian para pembaca blog ini pun saya syorkan menyertai dunia perniagaan samada offline atau online(konvensyonal atau moden/IT). Opss! sebelum terlupa...Siri BikinSendiri ini turut menawarkan peluang menambah pendapat dengan cara menyertai kami melalui sistem affiliate yg akan saya bangunkan sekali serentak dengan pengeluaran ebook ini. Mari lah kita bersama2 berjaya didalam dunia E-biz ini. Ayoh!
posted by GDza Marketing @ 7:02 PM   0 comments
Mcm2 Dlm Fikiran


Hari ini rasa hendak buat semua,tapi mcm kesuntukan masa je. Ebook nak buat,Video editting nak kena buat(4 tape dok tunggu...),kerja hakiki lagi(mengajar ler apa lagi...).

Emm balik lambat lagi ler nampaknya hari ni. Selalu macam ni ler aku...waktu ofis hour aku wat keje hakiki. Lepas pkl 5,dalam 2 jam aku wat semakan tugas. Apa yang telah dan perlu dibuat untuk hari berikutnya. Dan jika tak letih...aku akan buka email baca dan reply mana yang patut. Selain dari itu,dah pkl 8 ni ler baru mood untuk kekreatifan tu datang. Masa ni tumpuan untuk Editing video ler,update web ler,berfikir dan menulis ler....mcm2 ler. Masa ni baru otak aku berfungsi 10% rasanya.(Tun Mahathir pun baru guna 18% je mengikut kajian). Kita ni terlalu sedikit menggunakan otak. Tidak menggunakan sepenuh kekuatan otak kita.Kalau ler kita guna 50% ler dari keupayaan otak kita...kalau ler....:)
Oh! cuti minggu lepas tak settle lagi.Tapi PA Pengarah tadi kata boleh settle,thx:).
Emm hari ini hari kedua pelatih ILP Ipoh menduduki peperiksaan akhir.Harap pelatih ICT dapat menjawap dengan baik.Moga mereka faham bahawa mereka adalah harapan keluarga dan negara.Sentiasa aku jelaskan dan motivasikan mereka akan pentingnya peranan mereka.Biar mereka fikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara.(itu pun jika mereka ingat/kenang akan nasihat aku tu yang dah berbuih mulut aku pagi2 bagi motivasi kat depa).

Aku tertarik dengan usaha seorang remaja berumur 16tahun yang sudah mempunyai perniagaan maya sendiri.Mlm tadi aku beli produknya,tanda sokongan padanya.Ebook cara instalasi sistem affiliate.(aku dah ada sebenarnya).Hebat! Fikiran nya mematangkannya.Sedang remaja seusianya bersuka-sukaan dengan rakan menghabiskan masa tapi beliau bertungkus lumus menjayakan bisnes nya.Tahniah Adly aka Labanon.
posted by GDza Marketing @ 10:05 AM   0 comments
Monday, December 4, 2006
Pendahuluan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini terasa pula hendak menulis.(walaupun sebenarnya agak sibuk dengan tugas harian).
Emm dalam blog ini saya bercadang untuk menulis tentang apa saja yg saya terfikir tanpa merujuk kepada tajuk2 tertentu.Moga ini akan mengurangkan kobosanan bila membacanya.Namun begitu saya akan pautkan/link ke web2 atau blog2 yang menarik untuk kita kongsi bersama.Saya akan menggunakan banyak menggunakan bahasa slamber dari formal,harap kita kan lebih mesra. Harap saya punya masa untuk update blog ini.

Emm siapa Ismazaidi ni ye? Pasti tertanya2. Apa lebihnya baca blog dia ni? K, saya tidak menjanjikan embun di syurga tetapi tulisan saya di blog ini mungkin serba sedikit boleh menyegarkan minda,membuka mata....Tentang diri saya boleh anda lawati web saya,disana segalanya tentang saya boleh dibaca? Tak takut ker org tahu rahsia diri? emm apa perlu di takut pada manusia,bukan? Biar kita ikhlas...Allah kan pelihara kita bila2 masa pun. Tak gitu?:).
Saya berhenti di sini dulu,nanti bersambung kembali....Insya Allah.

Labels:

posted by GDza Marketing @ 2:27 PM   16 comments

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank