|
| Tuesday, August 21, 2007 |
| IniLah Lirik Negarakuku |
Inilah lirik yg dihasilkan oleh SiCela** Namewee yg dikatakan belum matang.Liriknya nyata menghentam kerajaan,org Melayu(Islam) dari segenap segi. Setakat ini kerajaan masih membatu walau hari2 kita dengar desakan dari beberapa pemimpin negara.Namun apakah suara desakan ini sekadar untuk jadi jaguh media?Apakah tindakan selanjutnya?Mahu tunggu Pak Lah???? Emm...
terjemahan oleh laocai99
ILoveMyCountry - Negarakuku
Negaraku Negarakuku Negaraku Negarakuku Negaraku Negarakuku
Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA Kerana mata-mata mereka sangat tajam Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH Dan juga kopi O, mahukan gula lebih? Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar
Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju
Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi Aku sangat gemarkannya Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni? Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta? Macammana aku nak beromen tanpa kereta? Macammana aku nak cari awek tanpa kereta? Aku sangat cintakan negara ini Waktu subuh pukul 5 pagi Ada seruan azan untuk kejutkan aku Kadangkala ada lagu sekali Sama macam nyanyi lagu cinta Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar Jangan terperanjat dengan keadilan mereka Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta
Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila Kita amat disanjungi sikap sebegini Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka (sikap sikap) Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar Kau sangat suci, kau sangat pelembut Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia ) Tetapi mereka telah lari ke Taiwan Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?) Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007 Tradisi cina dipromosikan di mana-mana Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei , bersama dengan gitarku Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Tolong jangan saman aku Aku takde duit!!
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Labels: Ajaran sesat, kecewa semalam, Renungan |
posted by GDza Marketing @ 7:52 PM   |
|
|
|
| Thursday, December 7, 2006 |
| Penilaian kerja |
Sesuatu yang menarik bila orang menilai kita. Tak sabar untuk tahu apa nilaian orang terhadap kita. Sukar untuk kita mengetahui dari sudut manakah kita dinilai,dari aspek apakah yang diberi perhatian. Dalam sektor awam,penilaian prestasi di panggil SKT menjadi taruhan untuk kemajuan kerja kita. Seperti biasa ketelusan penilai,keakraban penilai,prestasi kerja yg di nilai mempengaruhi markah di dalam penilai prestasi ini. Secara peribadi,saya menerima dengan hati terbuka setiap nilaian yang dibuat kepada saya. Pada saya sudah tinggi persen/markah yang diberi Ketua Jabatan kepada saya tu.(Terima Kasih Puan). Bersyukur atas apa yang diperolehi. Sepanjang setahun bekerja dengan penuh komitmen, wajar lah saya menerima penilaian sebegini. Namun, sedikit kekecewaan hadir dalam hati bila terdengar yang lain mendapat markah yg sama atau lebih dari yang kita dapat. Bukan membanding personaliti,bukan secara peribadi....tapi bila kenang diri yang bertungkus lumus memberi sepenuh komitmen pada setiap kerja,bila lihat yang lain hanya menumpu kerja hakiki,bila sering idea kita beri dan bila terasa kita lebih berupaya dalam sesuatu segi TERASA PENAT bila nilaian yang kita dapat sama atau lebih rendah diperolehi. Jika tidak difikirkan pada setiap pagi saya berniat kerja dengan ikhlas untuk sara keluarga, sudah pasti hari ini saya bercuti....Apa guna kerja jika tidak dihargai?lebih baik masa berharga itu kita bersama keluarga. Bukan tujuan meminta dihargai pada kerja yang telah dilakukan,tetapi jikalah ada imbuhan penghargaan terasa juga diri ini layak mendapati. Jika sudah tentu tiada sebarang kaedah penghargaan,tak mengapa. Tak terasa hati ini,cukup lah sekadar ucapan terima kasih di terima. Mungkin aku harus seperti yang lain juga.kerja tepat 8-5 itu pun kadang tak nampak muka sebahagian masa di pejabat. Maksudnya,bukan tidak buat kerja tapi tumpuan kerja hanya pada kerja hakiki sahaja lah,kerja2 tambahan beri komitmen lebih kurang je lah.Bukankah itu pun nilaianya sama? Minta maaf jika tulisan hari ini tiada membawa makna pada kalian. Aku cuma meluahkan apa terpendam. Dan jika ada yang tersinggung atau terasa dari coretan ini,maafkan saya.Saya tidak berniat untuk marah,dendam dan sebagainya. Cumanya ini lah cara untuk saya meluah perasaan. Dan sebaik jari ini menjauhkan diri dari keyboard ini saya lupakan dan buangkan semua ini dari hati. Jika saya tiada menyimpan perasaan masakan kalian pula yang memendam. Sekali lagi maaf. Akhir coretan ini....mari lah kita lakukan dengan Ikhlas setiap perbuatan. Petikan email :
Mengikut ulama, ikhlas ini ada tiga peringkat.
Pertama melakukan kerja hanya kerana Allah. contohnya niatnya begini.." Aku melakukan kerja ini kerana Allah. INi adalah paling rendah tingkat ikhlas.
Kedua..Allahlah yang membolehkan kita melakukan kerja. Contohnya niat kita begini " Allahlah yang membolehkan aku melakukan kerja ini " Ini adalah ikhlas tingkat kedua.
Ketiga..ini ialah tingkat iklhlas yang paling atas. Contohnya begini " Allahlah yang mengaturkan segala-galanya untuk aku. Aku sesunguhnya tidak berdaya melakukan apa-apa. "
Wassalam!
Labels: kecewa semalam |
posted by GDza Marketing @ 1:23 PM   |
|
|
|
|
|