berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Monday, April 16, 2007
...Sedar Tak Sedar....
Sedar tidak sedar,rupanya inilah pemikiran umat sekarang.
Maka tidak mustahil lah pelbagai masalah menimpa Umat Muhamad.
Cuba kita renungkan.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam
MASJID pada hari Jumaat…...
Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit….
Dan sudah pasti waktu ada kematian…

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa
atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja
atau bermain?

Kerana… Kita merasakan diwaktu itu kita
mampu dan sewajarnya mengurus sendiri
tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana
menyangka……

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan
waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling
utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang
akan segala yang telah DIA berikan
kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya
kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan
Penyelamatku

Dia lah yang mengerakkan ku setiap detik
dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS
yang tak berguna.

Pernahkah kita fikir...

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi
sebaik saja selesai ceramah kita segar
kembali?

Hadiah apakah ang paling istemewa yang pernah
kita terima?

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran
lumayan.(Hadiah ini lah yg paling payah kita terima)

Notes: Tidak kah melucukan betapa
mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA
ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia
ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang
berkata “AKU BERIMAN PADA ALLAH” TETAPI
SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the
way, also "believes" in ALLAH)

Labels:

posted by GDza Marketing @ 9:29 AM   0 comments
Tuesday, April 10, 2007
...jaga sebutan...

Assalamualaikum.

Semasa menjelajah forum2 e-dagang saya terjumpa satu blog.Dan antara petikan yang terdapat di dalam blog itu saya rasa amat perlu saya 'paste'kan ke blog saya.Harap para pembaca dapat menfaat dari petikan ini.Tanpa kita sedar kadang2 kita melakukan kesilapan besar.Disinilah pentingnya ilmu dan sifat berpesan2 agar kita dapat menjalani kehidupan sebagai ummah yang diredhaiNya.Insya Allah.

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

(Hati2 membaca Al-Fatihah)
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
> apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
> bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
> kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
> nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita
> tidak berhati-hati.
>
> Nama syaitan
>
> 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
>
> 2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
>
> 3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
>
> 4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
>
> 5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
>
> 6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
>
> Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
> mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
> pertolongan" !!!!
>
> 7) SIROTHOLLAZI. ......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
> henti.
>
> 8) AMIN ............ ...hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
> iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan
> dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang
> sentiasa membaiki bacaannya.


suntingan dari blog fuiyoh!
Terima kasih.
p/s: jgn malu jgn segan lihat 'mari mengaji' di TV9.

Labels:

posted by GDza Marketing @ 12:38 PM   0 comments
Monday, April 9, 2007
Niaga Jaya
Assalamualaikum Salam Sejahtera....

Lama dah saya tidak mencoret di blog ni.Bz sikit.(tu je le alasan ko).Tapi betul....kian di penghujung kursus pedagogy ni masa kian menghimpit bagi yang berusaha mendapat sebanyak ilmu yang mungkin.
Emm mohon maaf kat Ina ,saya tidak perasan email awak.Ingat siapa ler yang suruh update blog banyakkan bahan tu.Thx sebab perihatin akan blog ini.

Sebelum terlambat(memang dah lambat sangat pun sebenarnya),saya ucapkan Selamat Hari Ulangtahun ke 8(10 Mac) buat anakanda Azrul Daniel yang kini telah pun bertukar sekolah ke Sek Keb Parit Baru,Sabak Bernam.Moga dapat menjaga dan membantu mama di sana ye.

Maafkan ayah tak sempat nak buat majlis yang lebih meriah atas kesibukan ayah ini.Insya Allah tahun mendatang kita buat yang semeriah mungkin.

Baiklah,kita teruskan coretan pagi ini dengan tajuk 'Niaga Jaya'.Kenapa saya memilih tajuk ini hari ini?Apa kaitan dengan kita?

Emmm Sabda Nabi Junjungan yang lebih kurang membawa maksud....."90% punca rezeki adalah dari perniagaan".Apakah kita orang Islam,orang melayu tidak boleh berniaga?Sejarah telah membuktikan Orang2 melayu telah berjaya dalam perniagaan.Hatta Islam berkembang di rantau ini juga adalah melalui cara perniagaan.Pendakwah2 Islam berdakwah semasa berurusan perniagaan.

Bagaimana pula dengan sekarang?Apakah kita masih mewarisi atau memegang title peniaga berjaya?Saya ingin membawa anda melihat dari perspektif yang agak kecil,untuk sama2 kita fikirkan adakah kita masih mempunyai "power of business".Saya hendak membawa awak pada perniagaan kecil yang membawa "income" atau pendapatan yg agak lumayan.Iaitu goreng pisang dan sate.Terfikir saya selepas saya melihat dan membeli sendiri dari peniaga terbabit.Alangkah hebatnya jika mereka mempunyai cawangan yg banyak serta pelangan yang ramai pada setiap cawangannya.(secara Francais contohnya).


Jika anda dari Ipoh ke Lumut,pastinya di pertengahan perjalanan anda akan bertemu dengan satu daerah yang di panggil Bota Kiri.Selepas menyeberangi Jambatan Sg Perak pada sebelah petang anda akan ketemu sebuah kedai yang ramai pengunjungnya.Kedai Sate Bota 20sen.Ya! jangan tidak percaya....disini satenya berharga 20sen sahaja.Sedap dan murah.(slogan yang sentiasa ada di fikiran orang melayu.hehe.betulkan?).

Kita tinggalkan sate Bota....saya bawa anda ke sebuah bandar besar di Negeri Maju.(satu2nya negeri yang telah diistihar maju sebelum Malaysia sendiri maju.hehe Selangor).Di Syeksen 19 berhampiran stesen Komuter Shah Alam,Azmi Goreng Pisang amat popular,sehinggakan untuk membeli goreng pisang terpaksa beratur panjang.(nasib baik semasa saya membeli orang tidak berapa ramai...kedai baru nak buka).
Hebatnya yang saya hendak cerita adalah...6 kuali besar menggoreng pisang sekali gus tapi masih tidak mampu menampung permintaan pada satu2 masa.Percayakah anda?saya percaya setelah saya perhatikan sendiri.Selain beratur pembeli terpaksa
menunggu pula pisang masak digoreng.(pisang awak goreng adalah yang paling popular....kenapalah di panggil pisang awak.hehe).Harga?tidak mahal dan tidak pula murah....10 keping untuk seringgit,dimana sebiji pisang dihiris 3 atau 4. Dan kepujian tinggi saya berikan kepada Azmi Goreng Pisang ini kerana menggunakan Paper Bag sebagai pembungkus pisang gorengnya.Selain menampakkan kekemasan dan kebersihan ia juga sebagai satu jalan menyokong mengurangkan kesan rumah hijau akibat dari penggunaan plastik.Tahniah!



Sampai di sini saja coretan buat kali ini.Moga berjumpa lagi.Tinggalkan komen anda jika ada sebarang komen buat blog atau fikiran saya ini.


Wasallam.
posted by GDza Marketing @ 6:53 AM   1 comments

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank