berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Thursday, December 7, 2006
Penilaian kerja
Sesuatu yang menarik bila orang menilai kita. Tak sabar untuk tahu apa nilaian orang terhadap kita. Sukar untuk kita mengetahui dari sudut manakah kita dinilai,dari aspek apakah yang diberi perhatian.
Dalam sektor awam,penilaian prestasi di panggil SKT menjadi taruhan untuk kemajuan kerja kita. Seperti biasa ketelusan penilai,keakraban penilai,prestasi kerja yg di nilai mempengaruhi markah di dalam penilai prestasi ini.
Secara peribadi,saya menerima dengan hati terbuka setiap nilaian yang dibuat kepada saya. Pada saya sudah tinggi persen/markah yang diberi Ketua Jabatan kepada saya tu.(Terima Kasih Puan). Bersyukur atas apa yang diperolehi. Sepanjang setahun bekerja dengan penuh komitmen, wajar lah saya menerima penilaian sebegini.
Namun, sedikit kekecewaan hadir dalam hati bila terdengar yang lain mendapat markah yg sama atau lebih dari yang kita dapat. Bukan membanding personaliti,bukan secara peribadi....tapi bila kenang diri yang bertungkus lumus memberi sepenuh komitmen pada setiap kerja,bila lihat yang lain hanya menumpu kerja hakiki,bila sering idea kita beri dan bila terasa kita lebih berupaya dalam sesuatu segi TERASA PENAT bila nilaian yang kita dapat sama atau lebih rendah diperolehi. Jika tidak difikirkan pada setiap pagi saya berniat kerja dengan ikhlas untuk sara keluarga, sudah pasti hari ini saya bercuti....Apa guna kerja jika tidak dihargai?lebih baik masa berharga itu kita bersama keluarga.
Bukan tujuan meminta dihargai pada kerja yang telah dilakukan,tetapi jikalah ada imbuhan penghargaan terasa juga diri ini layak mendapati. Jika sudah tentu tiada sebarang kaedah penghargaan,tak mengapa. Tak terasa hati ini,cukup lah sekadar ucapan terima kasih di terima.
Mungkin aku harus seperti yang lain juga.kerja tepat 8-5 itu pun kadang tak nampak muka sebahagian masa di pejabat. Maksudnya,bukan tidak buat kerja tapi tumpuan kerja hanya pada kerja hakiki sahaja lah,kerja2 tambahan beri komitmen lebih kurang je lah.Bukankah itu pun nilaianya sama?
Minta maaf jika tulisan hari ini tiada membawa makna pada kalian. Aku cuma meluahkan apa terpendam. Dan jika ada yang tersinggung atau terasa dari coretan ini,maafkan saya.Saya tidak berniat untuk marah,dendam dan sebagainya. Cumanya ini lah cara untuk saya meluah perasaan. Dan sebaik jari ini menjauhkan diri dari keyboard ini saya lupakan dan buangkan semua ini dari hati. Jika saya tiada menyimpan perasaan masakan kalian pula yang memendam. Sekali lagi maaf.
Akhir coretan ini....mari lah kita lakukan dengan Ikhlas setiap perbuatan. Petikan email :

Mengikut ulama, ikhlas ini ada tiga peringkat.

Pertama melakukan kerja hanya kerana Allah. contohnya niatnya begini.." Aku melakukan kerja ini kerana Allah. INi adalah paling rendah tingkat ikhlas.

Kedua..Allahlah yang membolehkan kita melakukan kerja. Contohnya niat kita begini " Allahlah yang membolehkan aku melakukan kerja ini " Ini adalah ikhlas tingkat kedua.

Ketiga..ini ialah tingkat iklhlas yang paling atas. Contohnya begini " Allahlah yang mengaturkan segala-galanya untuk aku. Aku sesunguhnya tidak berdaya melakukan apa-apa. "

Wassalam!

Labels:

posted by GDza Marketing @ 1:23 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank