berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Thursday, August 23, 2007
Jika Boleh Dikatakan Kesilapan
Dalam kita rancak menyambut hari kemerdekaan Malaysia yg ke 50,kata org Jubli Emas.Namun masih agak 'kekok' untuk kita memperkatakan tentang pelbagai kesalahan dalam penggunaan bahasa Malaysia.Jika kita perhatikan,duit yg makin pantas ini turut mempengaruhi kesalahan ini.Lihat sahaja tulisan di email mahupun SMS di tel.Pasti kita jumpa singkatan2 perkataan yg 'terlalu singkat isinya'.Contohnya 'saya' ditulis 'sy','aktiviti' ditulis 'xtvt' dan sebagainya.Itu belum termasuk perkataan inggeris yg dimelayukan atau perkataan baru yg disesuaikan dengan keadaan semasa.Contohnya 'berani tak..' diucapkan 'ada bran...','lawanya dia...' diucapkan ' cun siot...' dan sebagainya.Kesalahan2 ini sebenarnya mempengaruhi kesilapan tatabahasa dan budaya berbahasa terutama jika digunakan dalam peperiksaan utama seperti PMR,SPM dan sebagainya.Mungkin Dewan Bahasa ada jawapan bagi senario ini....


Gambar berikut merupakan kesilapan ejaan yg tidak patut berlaku tambahan dalam suasana kita menyambut kemerdekaan negara ke 50 ini.Mungkin kesilapan ejaan tidak begitu penting untuk kita perkatakan jika dikaitkan dengan kelemahan manusia yg mungkin melakukan kesilapan semasa menaip atau mencetak.(typing error/printing error).Namun apakah tiada satu tapisan atau pemantauan dari syarikat percetakan?Bagaimana dengan Penguatkuasa terbabit?Bagaimana pun kita masyarakat melihat kesilapan sebegini?Contoh gambar kesilapan ejaan ini mendukacitakan kerana ia terletak pada pembalut bendera Malaysia(Jalur Gemilang) yg saya beli untuk digunakan sempena bulan kemerdekaan ini.


Dalam kita meraikan kemeriahan bulan kemerdekaan ini juga,kita dikejutkan dengan pelbagai kemalangan yg meragut nyawa.Dalam bulan kemerdekaan ini juga kita menempa rekod kemalangan terburuk dalam satu2 kemalangan apabila tragedi 'pusara di lebuh raya' bas ekspres di Taiping meragut 22 nyawa.Disusuli dengan pelbagai episod kemalangan bas yg seolah2 menjadi satu musim.Antara punca yg dikesan adalah kerana pemandu hilang tumpuan akibat keletihan,tertidur,memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.Dan elemen2 ini menyebabkan bas/kenderaan yg dipandu tidak dapat dikawal tambahan setelah melebihi had laju yg dibenarkan iaitu 80kmj/90kmj(betul ke?kita bawa kereta 120km/j pun bas ekspress boleh potong....tak kan kelajuan dia 90km/j kot?).
Namun kelajuan sahaja tidak boleh dijadikan alasan penyebab kemalangan.Kerana,jika kelajuan itu dapat dikawal oleh pemandu dengan kemahiran dan keupayaan/kestabilan kenderaan,Insya Allah kemalangan dapat dielakkan.Berbanding dengan memandu kenderaan yg dalam berkeadaan spesifikasi kilang oleh pemandu yg tiada kemahiran/pengalaman yg sudah tentu tidak dapat mengawal kelajuan kenderaan terbabit.Selain kemahiran pemandu(yg boleh dipertingkatkan melalui pengalaman dan pembelajaran),keupayaan kenderaan juga penting untuk mengelakan kemalangan.Contohnya...kerap saya bertembung dijalan(tiap minggu melalui jln Teluk Intan - Sabak Bernam) apabila kancil memotong kenderaan lain terutama lori pada kelajuan purata 100kmj.Bayangkan berapa masa yg perlu diambil oleh kancil ini untuk memotong lori?Sedangkan Kancil berspesifikasi kilang hanya mampu mencapai kelajuan maksima 120-130kmj sahaja.Emm bayang dan fikirkan lah...
Tetapi attitude kita juga mempengaruhi keadaan ini.Jika kenderaan kitaberkeupayaan lebih sikit,kita pula yg tidak mampu mengawal kenderaan kita.Tidak mampu dari segi kemahiran mahupun mental/emosi.Hujung minggu lepas...dlm perjalanan ke Sabak Bernam mengambil barang rumah,kereta saya dipotong oleh sebuah skyline.Tiba2 melonjak satu perasaan untuk bermain-main diatas jalan.Tidak sedar tangan pantas menukar gear melonjakkan kereta saya mengikut belakang skyline.Kami saling memotong,kiri dan kanan tidak sedar meter dah mencecah 180kmj tidak sampai 1km 'bermain'.Nasib trafic light merah menyedarkan saya,lantas kaki mengangkat sedikit pedal minyak bagi membolehkan kereta saya meluncur dengan purata kelajuan 90kmj.Walau Skyline dengan nadi RB seolah terus mengajak Wira bernadi 4G saya ini terus bermain.Dalam fikiran saya...'cukuplah sekejap...aku tak mau jalan ini menjadi 'hentian aku yg abadi'.Kesimpulannya...kawal diri kawal jentera anda.Insya Allah selamat dijalanan.

Labels: ,

posted by GDza Marketing @ 3:12 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank