berbicara apa saja

 

 NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 Subscribe in a reader

Blog Menarik Dilawati

ASFONS

Melayu Bestari

Blog Saifulsham

mancheezz'out

Aliff Auto Garage

Artikel Poco-Poco

Blog Abu Faris

Blog MarinaM

Blog Rocky's Bru

Blog FendiNadia

Blog Duit Affiliate

Tentang Produk
   
   
Interaksi Dgn Saya

 
Ayat Minggu Ini

Memaafkan Kesalahan Orang Di Sekeliling Kita Sebelum Tidur Akan Membuatkan Anda Rasa Bahagia Sepanjang Hari Esok.

 

Berita Semasa

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Time

The Star

Takwim Hijrah
 
 
 
 
Lain-lain perkara
 

 

 

 

BLOG INI SESUAI DILAYARI DENGAN MENGGUNAKAN FIREFOX!

Dapatkan Disini Percuma Mozilla Firefox

 

Thursday, February 8, 2007
kembali lagi....
Assalamualaikum...
Amboi lamanya tak saya menulis. Alasan?hehe macam biasa,sibuk...'bz' kalau tulis dlm sms.
Hari ini dah hari ke 18 di CIAST Shah Alam untuk kursus Pedagogy. Dan hari ni baru boleh guna internet di dalam bilik ni. Emm macam2 ler nak tulis ni...tapi tak tau nak mula mana dulu.K pelan2 kita tulis.

Sebenarnya Jumaat minggu akhir sebelum datang ke CIAST ni saya dah mula tergerak nak menulis dalam blog ni.
Pagitu saya ke bilik Ina PA pengarah menghantar videocam.Tiba2...
"Isma...napa lama tak tulis blog?kalau bz pun,tulis ler sikit2 pun....".(tak sangka sangat2 ada org ILP yg baca blog ni.Thx). Pengucapan yang di lontar bersama renungan menusuk kalbu,senyuman dari mekar bibir yang mengoncang iman...buat saya tidak sabar menulis blog ni.Tapi sayangnya...minggu tu server ILP bermasalah.Saya tidak boleh berinternet.huhu...
Setiba di sini...ikhtiarkan juga berinternet tapi IP add baru hari ni buka.Emm jadinya..sekarang ni berlumba2 idea datang untuk menulis sampai tak tahu mana nak mula.Adus....
Panjang intro tulisan kali ni ye...hehe biasa ler.


Mana nak mula? Emm saya mulakan dengan peristiwa atau perkara terdahulu ler yer.

Sebenarnya, semasa mula2 saya nak menulis blog ni dahulu.....saya nak bercerita pasal hobi saya. Hobi/minat saya pada kereta.Emm kereta yang bagaimana erk? Saya minat sangat dengan kereta2 yang laju,menarik serta berspesifikasi tinggi samada dari keluaran asal atau yang telah melalui proses modifikasi yang extreme. rentetan itu saya mempunyai ribuan himpunan gambar2 yang diambil dari majalah kesukaan saya atau dari lanse kamera saya atau dari mana saja sumber.Majalah?emm tentu saja dari majalah kereta,Extreme dan Evolusi Automobil(EVO). Selain dari gambar2 saya turut merakam video dari event2 tempatan samada dari yang saya sertai atau dari yang saya tontoni :).



Saya telah melibatkan diri secara aktif dalam sukan Drag(sprint test) mulai tahun 2005 lagi. Saya membeli Honda accord pagar semata2 untuk menyertai sukan Drag ini dalam tahun 2004. Dengan perlahan2 saya meng'upgrade'kan kereta ini sehingga menjadi sebuah jentera drag. Tahun 2005,saya melantik adik saya 'Alif' sebagai 'joki' atau pemandu bagi jentera saya ini.Pada masa itu kami menggunakan nama 'TERATO' bersempena nama forum di internet yg sering kami berforum.Selepas setahun kami menjadi belasahan di Litar Batu Kawan,Tahun 2006 kami beri sepenuh tumpuan kepada kejohanan FTS Drag Challage di Litar Kg Gajah yang di adakan sebanyak 6 siri.Alhamdulillah,siri 1 hingga 3 kami juara,siri 4 dan 5 kami tempat ke 3(jentera lain makin hebat,pesaing baru makin bertambah),Namun begitu dari segi pungutan mata kami masih juara keseluruhan dengan 40mata dan pesaing terdekat dengan 28mata. Siri terakhir dijangka lebih hebat. Bakal diadakan di sekitar Bandaraya Ipoh,litar sementara masih didalam perbincangan. Antara yang disebut2 menjadi tempat pilihan adalah di Lapangan Terbang Ipoh,Jalan Bandar Sunway Ipoh dan Dataran Ipoh.Pertimbangan tempat berdasarkan faktor2 keselamatan,keluasan(jarak track 400meter) dan komesial(ramai pengunjung.).Bakal di adakan samada di penghujung Feb atau March. Harap jentera saya 'sihat' dan bersedia untuk bertarung.
Siapa taja kete ko ni? Oh ya,hampir terlupa....jentera saya ini di taja oleh MBF.Apa! Malayan Banking Finance? Oh tidak...! tapi Mak Bapak n Friends.Jentera disediakan oleh saya sendiri dengan dipandu oleh Alif adik saya. Penaja Terbesar dari segi kewangan adalah dari kedua ibu bapa saya yang amat perihatin.(tidak pernah miss turun litar pada setiap event disertai samada di Litar Batu Kawan mahupun Litar Kg Gajah).Thx mum! thx dad!....tidak lupa juga diawal2 pembabitan,rakan2 dari Terato khasnya teratorian utara yang menghulur wang ringgit dan sokongan.
Turut menjadi penaja penting....kalangan krew2 yang sentiasa bermandi peluh oleh kepanasan litar melakukan kerja2 di pit dan pemanasan tayar di garisan perrmulaan.(Tayar Slick sepenuhnya harus dipanaskan terlebih dahulu.'Burnout'...) . Tidak lupa Eng Tat Auto Supply yang menaja minyak enjin jentera kami.Serta bengkel2 yang menyokong perjuangan kami seperti Zero 4 Racing,RRM,Hong Fatt Automotive,Escobar serta semua bengkel2 serta kelab2 permotoran yang menyokong kami.
Apa pun yang pasti sokongan dari ahli keluarga amat dihargai.Mak Abah,u're the best parent. tidak lupa juga isteri tersayang dan anak2 yang memberi masa berharga mereka untuk saya gunakan pada hobi saya ini.(Daniel sering ikut ke litar,Jebat baru 2 kali tahun lepas.).Dan saya amat hargai detik isteri dan anak2 saya memberi sokongan di litar pada 2 event terakhir pada tahun 2006 iaitu Siri ke 5 FTS Drag Challage dan Putera Drag Racing di Litar Batu Kawan Dec lalu. Terima kasih.....Kita gegarkan 2007 pula.


Kami mengalu2kan tajaan anda.Samada RM atau tenaga malahan sokongan teknikal dan moral.(Pn Rosnah...ILP Ipoh pun boleh taja tau.Nanti kami pasang pelekat besar ILP Ipoh.Mesti kemasukan Julai ni ramai yg masuk:) ).Tidak mustahil kerana UiTM serta UTM telah pun mempunyai jentera lumba masing2.Untuk tajaan hubungi saya di 0194294734 atau zaidievo@benithmail.com.

Ok stakat ini dulu....nantikan di lain coretan.(lor takkan pasal kereta je?).Kali ini pasal hobi video dan foto serta sebuah perkahwinan.Siapa kahwin?Tunggguuuuu!.....

posted by GDza Marketing @ 5:26 PM  

WantMoneyOrNot 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua! 

 

 

 

Tentang Saya

Name: GDza Marketing
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me: Rujuk web http://www.empayar.net/gdlive
Lihat Profile Saya
Post Terdahulu
Arkib
Produk Pilihan

 

 

 

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

 

 

 

 

 

  

 

 

Online Banking
Maybank 2U

Public Bank

CIMB

Hong Leong Bank